30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Cement Industries Sabah terima anugerah Top 10 LPC 2024

Japlin menerima anugerah Top 10 LPC 2024 daripadaMohd Yaakob dan disaksi Fadillah dan Madius.

TUARAN: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) yang merupakan salah satu syarikat GLC Sabah menerima anugerah Pengguna Kuasa Besar (Sabah Elektricity Top 10 Large Power Consumer (LPC) 2024 di Dewan Seri Sulaman Tuaran, di sini hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mohd Yaakob Jaafar kepada Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim dengan dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia (PETRA), Datuk Fadillah Yusuf.

“Anugerah ini merupakan satu pencapaian besar dan pertama kali diterima oleh CIS. Kita berharap SESB akan terus mengekalkan prestasi dengan baik dalam membekalkan elektrik yang mencukupi secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Program Bersama Komuniti Sabah Electricity dan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Cina anjuran Sabah Electricity Sdn. Bhd. di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mohd Yaakob Jaafar dan Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd. Yusuf.

Tambah Japlin, CIS juga amat berpuas hati dengan perkhidmatan SESB dalam melaksanakan bekalan elektrik yang merupakan keperluan utama syarikat selain melancarkan operasi harian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN