Sebahagian daripada pelajar yang menduduki peperiksaan MUET menikmati makan tengah hari.
NABAWAN: Seramai 135 pelajar calon STPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan yang menduduki peperiksaan MUET hari ini (Sabtu) ditaja menu sarapan pagi dan makan tengah hari oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.
Penajaan itu adalah atas permohonan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.
Menurut Yang Dipertua (YDP) PIBG sekolah itu Ngiloh Epui, permohonan dibuat kepada ADUN Nabawan untuk menaja dan memberi sumbangan untuk keperluan calon STPM kerana pada hari berkenaan kebetulan bersamaan dengan hari Sabtu di mana kantin sekolah tidak dibuka.
“Atas perbincangan AJK PIBG sekolah maka kami memohon kepada ADUN Nabawan yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) untuk memberi sumbangan atau menaja menu sarapan pagi dan makan tengah hari calon STPM dan lima orang warga pendidik” katanya.
Ngiloh yang merupakan bekas guru SMK Nabawan berkata, beliau bagi pihak sekolah dan calon STPM yang terlibat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ghani yang bermurah hati memberi sumbangan.
Penyediaan menu sarapan pagi dan makan tengah hari itu dikendalikan oleh Pergerakan Wanita Parti Gaagsan Rakyat (Gagasan Rakyat) Bahagian Nabawan bersama dengan staf pejabat ADUN Nabawan.
Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Nabawan Puan Sitam berkata, mereka menyediakan menu sarapan pagi dan makan tengah hari kepada calon STPM yang terlibat secara suka rela.
Katanya, ia juga merupakan salah satu daripada kegiatan amal pergerakan wanita bahagian ini.
Pada masa katanya, mereka mendoakan agar pelajar yang menduduki peperiksaan MUET itu mendapat kejayaan.



