27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Calon STPM Sabah 2020 cemerlang-Mohd.Arifin

Mohd.Arifin ( dua dari kiri) menerima laporan keputusan STPM 2021 negeri Sabah daripada Dr. Mistirine.

KOTA KINABALU: Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon-calon Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) 2020 di Sabah kerana berjaya mencapai prestasi yang mecemerlang dalam peperiksaan itu.

Katanya, daripada seramai 7,409 orang calon sekolah telah menduduki peperiksaan STPM 2020, dengan seramai 7,330 orang mendapat Lulus Penuh.

Beliau berkata, prestasi kelulusan ialah 98.93% berbanding seramai 6,956 orang calon atau 98.86% pada tahun 2019. Ini menunjukkan peningkatan pencapaian peratus lulus negeri sebanyak 0.07%.

Menurutnya, Gred Purata Nilai Kumulatif (GPNK) Negeri Sabah, pada tahun 2020 adalah sebanyak 2.71 berbanding 2.67 pada tahun 2019. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.04 mata gred.

Manakala perbezaan GPNK antara Negeri dan Negara adalah sebanyak 0.07 mata gred pada tahun 2020 berbanding 0.10 pada tahun 2019 menunjukkan perbezaan GPNK semakin mengecil.

“Bagi pihak Kerajaan Negerj, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon STPM 2020 yang lulus dan mencapai prestasi cemerlang, walaupun negara kita masih menghadapi Pandemik COVID-19.

“Ini merupakan tahun keempat berturut-turut calon STPM dari Sabah mencatat prestasi cemerlang dengan peratus kelulusan terus meningkat.

“Syabas dan tahniah juga kepada Pengarah Pendidikan Sabah dan pegawai-pegawainya, guru-guru, petugas peperiksaan kerana berjaya memperkasa pendidikan di Sabah.

“Pelajar Sabah juga cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020”, katanya pada sidang media bersama Pengarah Jabatam Pendidikan Negeri, Datuk Dr. Mistirine Binti Radin di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Tugas-Tugas Khas di Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, Encik Sapdin Ibrahim.

Mohd Arifin berkata, calon STPM terbaik bagi negeri Sabah ialah Azizul Rashid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan yang memperoleh 5A.

Katanya, sebanyak 58 buah sekolah mencapai kelulusan 100% pada tahun 2020.

10 buah sekolah terbaik bagi kategori jumlah calon dari 01 hingga 49 orang ialah SMK Agama Limauan (Kimanis), SMK Agama Kota Kinabalu, SMK Kota Klias Beaufort, SMK Segama Lahad Datu, SMK Sindumin (Sipitang), SMK Kunak Jaya (Kunak), SMK Merotai (Tawau), SM Agama Mohamad Ali (Ranau), SMK Membakut dan SMK Madai (Kunak).

10 sekolah terbaik kategori jumlah calon 50 hingga 99 orang terdiri daripada Maktab Sabah (Kota Kinabalu), SMK Majakir (Papar), SMK Sepagaya (Lahad Datu), SMK Sandakan II (Sandakan), SMK Lohan (Ranau), SMK Pengiran Omar (Sipitang), SMK Datuk Panglima Abdullah (Semporna), Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, SMK Takis (Papar) dan SMK Beluran.

Manakala 10 sekolah terbaik bagi kategori jumlah calon 100 dan keatas ialah SMK Tamparuli (Tuaran), SMK Elopura II (Sandakan), SMK Putatan, SMK Bugaya (Semporna), Kolej Tingkatan 6 (KK B Sabah), SMK Limbanak (Penampang), SMK Nabawan,
Kolej Tingkatan 6 Tawau (B), Kolej Tingkatan 6 Tawau (C) dan SMK Muhibbah (Sandakan).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN