29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Calon Ketua Wiramuda STAR Sabah, Kong Soon Choi, letak 8 agenda perjuangan

TIMBALAN Ketua Wiramuda STAR Sabah, Kong Soon Choi atau Ah Choi (Gambar);menggariskan 8 agenda utamanya dalam Manifesto sebagai calon Ketua Wiramuda STAR Sabah.

Dalam meniti arus perjuangan politik semasa, beliau yakin dan percaya, Star Sabah antara parti yang mulai dikagumi serta diberi kepercayaan oleh rakyat untuk terus meluahkan segala aspirasi dan kehendak akar umbi sesuai dengan konsep perjuangan yang mengutamakan hak-hak rakyat Sabah seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
 
Sehubungan itu, sebagai nadi penggerak kepada kesinambungan perjuangan membela nasib rakyat Sabah, Ah Choi bertekad untuk terus memperkasakan corak pentadbiran menerusi lapan tonggak manifesto yang telah saya gariskan . Semoga semua ini dapat sama-sama dihayati oleh segenap barisan Wiramuda Star Sabah.
 
1.    WIRAMUDA STAR SABAH MENJADI TIANG UTAMA TERHADAP PERJUANGAN PARTI YANG MENEGAKKAN AGENDA HAK-HAK SABAH DALAM PERJANJIAN MALAYSIA 1963.
(Suara Wiramuda Star Sabah akan terus lantang bersama kepimpinan utama parti dalam mempastikan Hak-Hak Negeri Sabah terus seadilnya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan)
 
2.    WIRAMUDA STAR SABAH AKAN MEMPASTIKAN GOLONGAN MUDA TERUS MENDAPAT PEMBELAAN SEWAJARNYA DARI SUDUT PENINGKATAN EKONOMI.
(Wiramuda Star Sabah akan membentangkan idea-idea bernas kepada Kerajaan Pusat dan Negeri Sabah mengenai saranan-saranan pembukaan sektor perkilangan, pembuatan, pertanian serta kursus kemahiran yang boleh membantu golongan muda di negeri Sabah meningkatkan taraf ekonomi mereka)
 
3.    PEMBELAAN TERHADAP PEMBANGUNAN PENDUDUK PEDALAMAN.
(Wiramuda Star Sabah akan mempastikan kedaifan hidup penduduk pedalaman negeri Sabah terus terbela khasnya kanak-kanak sekolah. Kami akan terus lantang menyuarakan isu-isu kemunduran teknologi maklumat, jaringan capaian telekomunikasi, jalanraya, air dan bekalan elektrik yang hingga kini masih membelenggu kehidupan masyarakat pedalaman di Sabah.
 
4.    MEMPROMOSIKAN KEHARMONIAN HIDUP DALAM KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DAN ANUTAN AGAMA.
(Wiramuda Star Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba meniupkan sentimen ‘Racist’ bagi memecah-belahkan keharmonian sejagat yang sekian lama terjalin di negeri Sabah. Sebaliknya, kami akan terus menjadi contoh kepada masyarakat untuk bersifat adil dan saksama menyantuni setiap insan tanpa mengira kaum, agama dan budaya kehidupan)


 
5.    BEKERJASAMA DENGAN PIHAK KESELAMATAN NEGARA UNTUK MEMPASTIKAN NEGARA DAN NEGERI SABAH TERUS AMAN DAMAI.
(Wiramuda Star Sabah akan menjadi mata dan telinga kepada Pasukan Keselamatan negara untuk menyalurkan apa juga bentuk maklumat yang boleh mengancam keselamatan rakyat di negara ini khususnya di Negeri Sabah;
 
6.    WIRAMUDA STAR SABAH BERHASRAT UNTUK MEWUJUDKAN KOPERASI WIRAMUDA BAGI MEMPASTIKAN KEDUDUKAN EKONOMI PARTI INI TERUS TERJAMIN.
(Pendapatan koperasi ini turut akan digunapakai untuk menggerakkan aktiviti kemasyarakatan khasnya dalam membantu golongan miskin, OKU dan anak-anak yatim)
 
7.    WIRAMUDA STAR SABAH KOMITED UNTUK MEMPASTIKAN KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI SABAH TERUS MENCARI MEKANISMA TERBAIK UNTUK MENYELESAIKAN ISU HARGA RUMAH KEDIAMAN DI NEGERI SABAH YANG TERLALU TINGGI. 
(Isu ini menimbulkan kesulitan kepada golongan pembeli khasnya golongan muda yang baru memulakan kerjaya untuk memiliki rumah kediaman sendiri)
 
8.    WIRAMUDA STAR SABAH KOMITED MEMPERJUANGKAN 7 TERAS PERJUANGAN AGENDA BORNEO SEPERTIMANA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH BARISAN BORNEO BERSATU. 
(Wiramuda Star Sabah komited berjuang menuntut pengembalian hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak, syarat serta jaminan yang tidak ditunaikan semasa Pembentukan Malaysia melalui Laporan Jawatankuasa Antara-Kerajaan (JAK) 1963 yang ditandatangani di London.)

#SABAH MAJU JAYA

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN