30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Calon GRS Parlimen Ranau terus mendapat sokongan

Antara yang hadir di PDM Marakau merakam gambar bersama Datuk Jonathan (depan tengah)

RANAU: Seramai 5,140 pengundi parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari 4 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kinapulidan (600 orang), PDM Marakau (1,092 orang), PDM Kilimu (2,642 orang) dan PDM Kandawayon (800 orang)  sehati-sejiwa akan  mengundi calon GRS Parlimen  P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada19 November.

Kesediaan itu mereka luahkan ketika menghadiri majlis perjumpaan dan ‘Ramah-Mesra’ bersama Datuk Jonathan  di kempat-empat PDM yang telah diadakan secara berasingan pada Ahad.

Datuk Jonathan dalam ucapanya pada majlis berasingan itu, berterima kasih atas kehadiran penduduk menyambut ketibaanya ke majlis tersebut dan bersedia memilih (mengundi) beliau pada 19 November kelak.

“Saya berterima kasih kepada anda semua kerana bersedia untuk mengundi  saya pada19 November”, jelas Datuk Jonathan sambil menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat di Parlimen Ranau sekiranya beliau dipilih semula menarajui kepimpinan di Parlimen berkenaan.

Menurutnya, masih banyak lagi projek infastrukur terutama dalam asek pembangunan infra asas seperti Jalan Raya yang sempurna, bekalan air bersih, liputan Internet yang lebih luas dan banyak lagi yang kini belum dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Sabah khususnya di daerah Ranau.

“Target kita ialah pembangunan mapan yang terbaik dapat dilaksanakan secara berterusan di daerah Ranau membolehkan rakyat dapat menikmati arus pembangunan yang lebih baik setanding dengan apa yang dinikmati mereka  di Semenanjung Malaysia”, tambah Datuk Jonarthan.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kita bersatu menerusi GRS agar para pemimpin di Sabah dapat bersatu dalam satu perjuangan bersama dan tidak lagi secara berasingan yang agak rapuh dan tidak menampakkan suatu hasil kesatuan yang lebih mantap dan kuat  sehati-sejiwa bagi menuntut hak-hak negeri Sabah seperti yang terkandung dalam MA63.

Hadir sama dan turut berucap ialah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir,  Ketua SAPP Ranau,  Japiril Bin Suhaimin, Ketua UMNO bahagian Ranau, Datuk Haji Abidin Bin Sahat.

Sementara pada tarikh 14 November, program Jelajah Mesra Datuk Jonathan akan ke PDM Kemburungoh, PDM Tungou, dan PDM Kinarasan.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN