Foto atas – Muhidin & Kahirin
KENINGAU:Rakyat di kawasan Sook menyambut baik cadangan Timblan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup untuk mewujudkan sebuah Bank di Pekan Kecil Sook.
Seorang usahawan Kahirin Bador berkata, ini kerana Pekan Kecil Sook kini sudah wujud balai polis, balai bomba, Pejabat Daerah, beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah.

Selain itu katanya, terdapat juga sektor swasta seperti kilang sawit, kilang papan dan beberapa super market selaian kegiatan ekonomi yang lain.
Justeru itu katanya, kewujudan bank di kawasan ini adalah amat penting bagi memudahkn rakyat berurusan.
“Dengan adanya balai polis di pekan saya percaya kewujudan bank akan selamat” katanya mengulas saranan Kementerian Kewangan yang akan membuat kajian untuk mengwujudkan bank di kawasan ini.
Menurut Kahirin, ladang sawit di Daerah Kecil Sook antara yang terbesar di negeri Sabah.
Katanya, pekebun kecil dikalangan penduduk kampung juga ramai dan sudah lama menunggu kewujudan bank di Pekan Sook untuk memudahkn urusan kewangan kerana pada masa ini penduduk Sook terpaksa ke bandar Keningau untuk berurusan di bank di mana memakan masa selama 30 -50 minit perjalanan.
“Ini kadangkala merumitkan urusniaga para peniaga di kawasan ini sama ada menyimpan dan mengeluarkan wang mereka” katanya.
Seorang pesara Muhidin Mahali turut menyambut baik cadangan pengwujudan bank di pekan ini.
Katanya, sudah sampai masa bank diwujudkan di pekan ini kerana selain pertambahan penduduk kegiatan ekonomi juga semakin meningkat di Daerah Kecil Sook.
“Kita bersimpati dengan penduduk kampung yang terpaksa ke bank-bank di bandar Keningau untuk urusan kewangan dan ada kalanya mereka terpaksa berbaris panjang” katanya.
Katanya, jika bank akan wujud di Sook sudah tentu ia memudahkan urusan kewangan mereka.
Pada Ahad Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdulllah berkata, Kementerian Kewangan Malaysia akan membuat kajian untuk mengwujudkan perkhidmatan bank di Pekan Kecil Sook.
Katanya, beliau telah diberi taklimat daripada beberapa pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup mengenai kepentingan perkhidmatan kawangan itu di situ.
“Kita nampak di bandar Sook penduduknya sudah meningkat 70,000. Keperluan ini (bank) sangat mendesak dan kita akan pertimbangkan,” katanya.
Shahar berkata, pengwujudan perkhidmatan kewangan itu bagaimanapun memerlukan kajian terperinci dengan mengambil kira semua sudut sebelum dimuktamadkan.
“Kajian terperinci sangat penting bagi mendapatkan keberkesanan perancangan. Sebab itu Kementerian Kewangan turun padang untuk melihat keperluan rakyat itu,” katanya dan mengakui perkhidmatan kewangan itu di kawasan pedalaman sangat mendesak bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk pelbagai urusan berkaitan kewangan. Tamat/-
Pic 1. Kahirin….kewujudan bank amat penting.
Pic 2. Muhidin…sudah sampai masanya bank diwujudkan di Pekan Sook.