30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BUNG: Sabah perlu RM13 billion tingkatkan kualiti air

PENJELASAN…Bung mendengar penjelasan Pengarah Air Sabah Edward Lingkapo ketika melawat kawasan kolam takungan di Pusat Loji Air Segaliud Sandakan

KINABATANGAN: Kerajaan Negeri memerlukan peruntukan RM13 billion bagi memperbaiki kemudahan bekalan air bersih di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah I Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata peruntukan itu adalah usaha untuk mempertingkatkan kualiti bekalan air di negeri ini.

“Masalah air bersih di Sabah amat kritikal ekoran 23 loji air di negeri ini yang perlu dibaikpulih dan dipindahkan, menganti paip baharu, baikpulih kebocoran paip dan lain-lain”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata muka sauk rawatan air juga perlu dipindahkan kerana masa dibina dahulu dimana sungai berkenaan masih elok dan setelah berpuluh tahun telah berlakunya pencemaran sungai akibat penebangan pokok dan aktiviti manusia yang tidak terkawal.

“Hampir 23 buah sungai yang mempunyai loji rawatan air di Sabah berlaku pencemaran demikian”, jelasnya.

Bung Moktar telah mengarahkan Pengarah JKR dan Pengarah Jabatan Air mengemukakan spesifikasi kes demi kes untuk dibentangkan kepada kerajaan agar memastikan rakyat menikmati air bersih lebih baik.

Beliau berkata demikian selepas melawat sauk rawatan air Batu Putih, petang Isnin.

Dalam lawatan di Loji Rawatan Air Batu Putih, Bung Moktar berkata saluran paip air bersih dari Loji Rawatan Air Batu Putih Kinabatangan ke Paris sejauh 37 kilometer mengalami kebocoran.

“Rakyat di Paris tidak dapat menikmati air bersih sedangkan air ini dari Kinabatangan”, katanya.

Beliau telah meminta Pengarah JKR dan Jabatan Air untuk mencari peruntukan bagi membaikpulih paip-paip mengalami kebocoran yang kritikal.

“Kos keseluruhan baikpulih paip bocor memerlukan RM10 juta. Sekiranya ada peruntukan RM1 juta atau RM2 juta boleh membaikpulih kebocoran yang teruk.

“Kemudiannya kita akan sambung lagi kerja baikpulih paip yang bocor lain”, katanya.

Bung Moktar berkata paip air di Sabah ini ada yang dibina sejak zaman British dan ini perlu ditangani dengan segera untuk kepentingan rakyat nikmati air bersih.

“45 peratus masih lagi menggunakan paip lama di negeri ini”, jelasnya.

Beliau memberitahu akibat kebocoran paip air telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian setiap tahun.

“Kerajaan perlu membina baharu muka sauk rawatan air, kolam takungan air dan lain-lain dengan memerlukan jumlah keseluruhan RM13 billion”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN