32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BUNG MINTA KERAJAAN PUSAT SEDIAKAN DANA KHAS UNTUK KERJA-KERJA KECEMASAN

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat perlu menyediakan peruntukan khas kepada Sabah bagi menyelasaikan kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindkakan segara terutamanya bencana alam.

Ketika membangkitkan perkara ini Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar ) berkata, mutahkir ini sering kali berlaku bencana alam seperti jalan , cerun runtuh jambatan runtuh, banjir, kebakaran yang melibat kawasan perkampungan dan lain-lain yang memerlukan peruntukan segara untuk memperbaikinya.

“ Jika berlaku bencana alam seperti jalan dan cerun runtuh, banjir dan sebagainya yang memerlukan kos tinggi untuk kerja-kerja pembaikan, kita perlu memohon kepada kementerian berkaitan atau kementerian kewangan dimana prosesnya memakan masa menyebabkan kerja kerja pembaikan lambat dilaksanakan yang sudah pesti membebankan rakyat” katanya ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12.

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri mencadangkan agar kerajaan pusat menyediakan dana khas kepada kerajaan negeri untuk membayai kos kos pembaikan bagi kerja-kerja kecemasan yang memerlukan kos yang tinggi yang tidak mampu disediakan oleh kerajaan negeri.

“ Berikanlah dana khas sekitar 200 ke 300 juta setahun untuk membayai kerja-kerja kecemasan, agar memudahkan kerajaan negeri mempercepatkan tindakan untuk memperbaiki segala kerosakan ekoran masalah bencana alam ” katanya.

Dalam perkara yang sama Menteri Kerja Raya Sabah itu juga mengulangi hasrat kerajaan negeri agar Sabah diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakub baru ini.

“ Sabah sudah merdeka melalui Malaysia selama 58 tahun namun dari segi pembangunan amat jauh ketinggalan berbanding lain-lain negeri menyebabkan Sabah masih diketegorikan negeri termiskin ini disebebkan pelarasan program pembangunan yang mendapat peruntukan dari keraajaan pusat masih menggunakan keadah lama dan tidak relevan ketika ini ” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya kerajaan Pusat wajar menyerahkan peruntukan yang disediakan kepada kerajaan negeri untuk perancangan,perlaksanaan dan pemantauan.

“ Kerajaan negeri lebih memahami demografi dan keperluan rakyat, justeru salurkan peruntukan RMK-12 kepada kerajaan negeri, bagi memastikan projek-projek pembangunan dalam RMK-12 dapat dilaksana dengan lancar” katanya.

Dalam perlaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo ,Bung juga turut menyentuh agar kerajaan pusat menyegarakan kelulusan yang dipohon oleh kerajaan negeri agar projek tersebut dilaksanakan secara pembayaan Swasta (PFI)

“ Kita perlu kelulusan segara dari kerajaan pusat agar projek lebuh raya Pan Borneo Fasa I dapat dimulakan segara demi untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat dinegeri selari konsep “ Keluarga Malaysia “ dan komitmen kerajaan untuk mentransformasikan kawasan luar bandar khususnya di Sabah “ katanya.

Tambah Bung jika projek ini tidak dilaksanakan secara (PFI) agak sukar bagi kerajaan menampung kos pembayaanya ketika keadaan ekonomi negara yang terjejas dengan penularan Pandemik COVID-19 .

Dalam ucapan perbahasan tersebut Bung turut menyentuh keadah pengguna MySejahtera yang banyak menimbulkan masalah kepada rakyat terutamanya mereka yang tidak memiliki telefon pintar.

“ Rakyat mengeluh apabila mereka memasuki kedai runcit ,pusat membeli balah dan jabatan kerajaan mereka tidak dapat menunjukan data MySejahtera kerana tidak memiliki telefon pintar hanya menggunakan kad yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan yang tidak boleh diterima “ katanya.

Sehubungan dengan itu katanya Kementerian Kesihatan perlu membuat kenyataan yang meyakinkan dan tidak menyusahkan rakyat dengan mengambil keadah yang lebih mudah dan tidak menyusahkan rakyat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN