SEKOLAH DAIF..Masih terdapat beberapa sekolah daif di negeri ini yang memerlukan perhatian dari kerajaan
KOTA KINABALU : Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) diharap lebih memahami kehendak serta aspirasi rakyat Sabah untuk menikmati kemudahan pendidikan yang lengkap dan selesa khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.
Ahli Parlimen Kinabatangan Dato’ Sri Bung Moktar Radin ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di dewan rakyat semalam berkata kerajaan pusat sewajarnya cakna terhadap masalah pendidikan di negeri ini terutama berkaitan isu sekolah daif.

Jelasnya, jumlah sekolah daif di Sabah dijangka terus bertambah selagi tidak ada tindakan konkrit dan apektif menanganinya terutamanya bangunan sekolah daripada kayu dibiarkan dan tidak diganti dengan bangunan baharu.
” Kementerian Pelajaran perlu ada perancangan jangka pandek dan jangka panjang untuk memperkasakan kemudahan sekolah terutamanya diluar bandar di Sabah yang masih memerlukan perhatian dan tindakan proaktif dari kerajaan “
” Saya mengambil contoh dua buah sekolah di kawasan saya (Kinabatangan) SMK Sukau dan Paris adalah antara dua buah sekolah menengah yang boleh diketagorikan antara sekolah daif dari
578 sekolah daif perlu diberi perhatian daripada 1,300 sekolah di seluruh negeri Sabah” jelas Bung.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO walaupun sebanyak 71 sekolah tahun ini dan 24 sekolah tahun lalu yang dibaiki menerusi projek sekolah daif di Sabah namun masih kecil, berbanding jumlah keseluruhan sekolah yang berdepan keadaan itu.
“Kita risau kerana banyak sekolah kayu di Sabah, kalau tidak diganti akan jadi daif. Ini yang kita minta Menteri Pelajaran dan Kementerian Pendidikan lihat, dan ambil tindakan segara ” katanya sambil mengalu-alukan Menteri Pelajaran melawat ke sekolah sekolah yang perlu dibaiki dan dinaik taraf di kawasan Kinabatangan
Sehubungan dengan itu Bung berharap Kementerian Pendidikan yang diterajui menteri baru dapat memahami dan memberikan perhatian terhadap insfarastruktur pendidikan khususnya di Sabah dengan mengambil tindakan segara kerana keperluan tersebut ketika ini sememangnya amat mendesak.

” Rakyat Sabah berharap kerajaan Pusat melihat keperluan ini sebagai keutamaan untuk dilaksanakan ,walaupun di Sabah ada Kementerian Pelajaran dan Inovasi ketika ini namun fungsi dan peranannya tidak mampu menyelasaikan isu sebesar ini” katanya .
Selain isu sekolah daif dan peningkatan kemudahan asas sekolah Bung juga dalam ucapan perbahasannya menyentuh soal pembangunan infrastruktur asas kemudahan jalanraya,bekalan elektrik dan air bersih di kawasan Kinabatangan .
Menurut beliau di kawasan yang beliau wakili iaitu sepanjang jalan menuju ke Tongod dan Pinangah terdapat grid elektrik bagaimanapun bekalan tersebut tidak sampai ke kawasan kampung dan rumah rumah di kawasan berkenaan.
Begitu juga bekalan air bersih walaupun terdapat saluran paip besar yang disediakan namun bekalan air tidak disalurkan ke kampung kampung yang terlibat .
” Bukan sahaja bekalan api dan air yang masih menjadi masalah malahan jalan jalan kampung masih dalam keadaan gravel yang sewajarnya telah pun dinaik taraf bagi mengwujudkan kemudahan yang lebih baik dan selesa kepada penduduk kampung ” katanya.
Sehubungan dengan itu Bung meminta agar kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat memberikan perhatian yang serius bagi mempastikan segala kemudahan asas ini dapat dilaksanakan bukan sahaja di Kinabatangan malah di lain lain kampung di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan untuk sama sama menikmati pembangunan yang lebih baik dan selesa. http://BorneoDailyBulletin