BUNG CADANG PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN IKUT KELUASAN KAWASAN

BUNG CADANG PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN IKUT KELUASAN KAWASAN

12/11/2021 Off By Stringer

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya pihak kerajaan untuk mengkaji dan seterusnya menambah jumlah peruntukan kepada setiap ahli Parlimen kerajaan untuk membayai program pembangunan di kawasan yang mereka wakili

Ketika melontarkan saranan ini, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata peruntukan yang sediaada sekitar RM 3.5 juta setahun tidak mencukupi untuk membayai keperluan pembangunan di sesebuah kawasan Parlimen apa lagi kawasan Parlimen yang diwakili berkeluasan besar seperti kawasan Parlimen Kinabatangan.

“ Sebagai contoh kawasan Parlimen Kinabatangan yang saya wakili keluasanya sama seperti negeri Pahang ,dengan peruntukan yang diberikan sudah tentu tidak mencukupi membayai projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat” katanya ketika mengambil bahagian pada sesi perbahasan Bajet 2022 di dewan Rakyat baru baru ini.

Menurut Bung dengan jumlah peruntukan seorang ahli Parlimen kerajaan yang agak terhad ini, menjadi kakangan bagi seorang ahli Parlimen untuk memenuhi keperluan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan yang diwakili dan ianya juga akan membantutkan usaha kerajaan untuk mentranformasikan kawasan luar bandar terutamanya di Sabah.

Bung berkata berlandasakan kepada ketidakcukupan ini juga maka kerajaan negeri berharap agar kerajaan Persekutuan menambah 10 peratus daripada Bajet 2022 untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu, sekali gus mebawa keluar dari kepompong kemiskin

“ Dengan peruntukan kira-kira RM5 bilion setiap tahun, tidak mencukupi untuk memakmurkan negeri Sabah yang mempunyai keluasan lebih besar daripada Semenanjung” katanya .

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dan Sarawak kalau disatukan, boleh tenggelam wilayah semenanjung ini mengambarkan betapa besarnya keluasan wilayah dua negeri ini, tetapi peruntukannya hampir sama dengan negeri lain

“Ini amat membimbangkan rakyat Sabah. Justeru, saya minta kerajaan melihat semula pengagihan peruntukan secara terperinci antara wilayah semenanjung, wilayah Sabah dan wilayah Sarawa” katanya .

Dalam pada itu Beliau turut menegur Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) masih tidak menyediakan data bank berhubung peruntukan dan projek yang sedang berjalan dan akan dilaksanakan di setiap Parlimen.

Bung berkata , bank data diperlukan untuk melihat dan mengetahui keberkesanan pembangunan tertentu.

“Kalau tidak ada bank data, bagaimana kita hendak tahu keberkesanan pendekatan pembangunan yang diturunkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” katanya

Dalam sesi perbahasan tersebut Bung juga turut menyentuh agar peruntukan yang disediaka oleh kerajaan Persekutuan diserahkan kepada kerajaan negeri melaksanakanya ini kerana kerajaan negeri lebih memahami demografi Sabah serta keutamaan dan keperluan rakyat di peringkat akar umbi

Menurut beliau jika Sabah diberi peruntukan, tetapi diurus oleh kerajaan pusat, nescaya negeri itu tidak akan jadi negeri yang maju dan makmur seperti Selangor dan Pulau Pinang.

“ Sabah berpotensi untuk dibangunkan sekiranya kerajaan Persekutuan betul-betul ingin melihat pembangunan yang mampan di negerini” katanya.