31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bumbung rumah rosak akibat dihempap pokok dapat perhatian ADUN Bingkor

Rahman mewakili Robert menyampaikan zink kepada Martinus.

KENINGAU: Keluarga Mahmud Salam yang mengalami kerosakan bumbung rumah akibat dihempap pokok mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Bagi meringankan beban keluarganya, Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyumbang alat binaan berupa zink mengganti sebahagian bumbung rumahnya yang rosak.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemaju Mukim Tuarid Bandar Rahman Bin Bidin mewakili Robert.

Turut menerima sumbangan alat binaan rumah berupa zink Martinus Markus di Kampung Dangulad untuk mengganti bumbung rumahnya yang mengalami kerosakan.

Sumbangan disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor Larry Mc.Donald Philiph.

Terdahulu Robert memberikan sumbangan kewangan kepada keluarga besar Puan Wilhelmina Rupin untuk membiayai majlis hari keluarga mereka di Kampung Nuntunan Apin-Apin.

Sumbangan untuk tajaan acara pertandingan paluan gong sempena hari keluarga itu disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Rozelius Joanes. Wilhelmina.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN