27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bukan berdasarkan parti tetapi kebolehan menjalankan tanggungjawab diamanahkan: Ghani Yassin

Ghani (tiga dari kanan)menyerahkan watikah pelantikan kepada salah seorang Pengerusi JPKK

NABAWAN:Pelantikan pemimpin masyarakat diperingkat kampung bukan berdasarkan parti yang disertai tetapi dilihat dari segi kebolehan individu berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata,  berdasarkan kepada kemampuannya menggalaskan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)berkata demikian pada majlis penyerahan watikah pelantikan Pengerusi JPKK Mukim Sepulut hari ini.

Beliau dalam ucapannya turut menggesa Pengerusi JPKK agar bekerjasana dengan Ketua Kampung (KK)untuk majukan kampung.

“Elakkan perselisihan antara pemimpin diperingkat kampung agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan baik” katanya.

Pada masa sama Ghani berkata, beliau akan memberi keutamaan kepada masalah pemilikan tanah penduduk di kawasan ini.

“Saya akan pastikan pemohon tanah mesti dari kampung atau kawasan berkenaan” tegasnya.

Terdahulu pada majlis Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Nabawan Deckson Andipai dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO)Nabawan Ami Talu masing-masing menyampaikan taklimat peranan dan tanggungjawab Pengerusi dan Setiausaha JPKK.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung Mukim Sepulut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN