24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 17, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Budaya kunjung-mengunjung pada musim perayaan landasan erat perpaduan: Ghani

Ghani (kedua dari kanan) ketika menikmati jamuan pada rumah terbuka itu

NABAWAN: Budaya kunjung-mengunjung pada musim perayaan perlu dijadikan sebagai landasan mengeratkan perpaduan kaum di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baru Cina dan sebagainya merupakan wadah kepada semua kaum berkunjung ke majlis rumah-rumah terbuka kaum yang meraikan perayaan berkenaan

“Musim perayaan merupakan landasan terbaik kita merapatkan hubungan silaturahim sesama sendiri agar hubungan dibina selama ini lebih erat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Krismas keluarga Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Nabawan Larim Haluk di Kampung Enam dekat sini.

Menurutnya, penganjuran majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain khususnya kalangan masyarakat yang meraikannya.

“Perayaan diraikan seluruh rakyat Malaysia ini bukan sahaja memberi peluang kepada satu kaum meraikannya malah turut diraikan kaum-kaum lain.

“Inilah sebenarnya keunikan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Semua kaum berpeluang meraikan perayaan secara bersama,” jelasnya.

Turut hadir Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Jabat Majilon, Timbalan Ketua Bahagian PBRS Nabawan Morris Anis dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN