25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BSMM Tuaran berjaya kumpul 17 pain darah

JAHID (kanan) Yang juga Pengerusi BSMM Daerah Tuaran melawat seorang daripada penderma darah dalam program tersebut.

TUARAN: Sebanyak 17 pain darah berjaya dikumpul pihak penganjur Program Menderma Darah anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Tuaran, di Bangunan BSMM Daerah Tuaran dekat sini kelmarin.

Program dengan kerjasama Yu Huang Temple Tuaran, Unit Tabung Darah Hospital Tuaran, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pantai Barat Selatan itu menyaksikan sebanyak 19 penderma datang untuk menderma tetapi hanya 17 yang layak menderma.

Hadir sama pada program tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

SEBAHAGIAN Peserta bersama Penganjur mengabadikan kenangan bersama Jahid

Jahid yang juga Pengerusi BSMM Daerah Tuaran sempat memberikan kata-kata sokongan dan semangat kepada para penderma yang datang selain beramah mesra dengan masyarakat yang hadir.

Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran, Kevin Lo, berkata program berkenaan bertujuan membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran bagi menangani masalah kekurangan darah dalam tabung darah di hospital kerajaan.

“Selain itu, tujuannya adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa,” katanya.

Untuk rekod, jumlah kutipan 17 pain darah itu meliputi darah jenis O, A, B dan AB.

Menurut Kevin yang juga Naib Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), aktiviti seumpama itu mampu merapatkan hubungan antara warga jabatan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan masyarakat.

“Di samping itu, ianya mampu meningkatkan kesedaran taraf kesihatan negara serta memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada masyarakat tentang kebaikan menderma darah,” tambah Kelvin.

Sepanjang program itu juga, katanya, pihak penganjur menitik beratkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Beliau menghargai para penderma yang hadir sekaligus menjayakan program berkenaan yang bermula pagi sehingga kira-kira jam 2 petang serta semua pihak yang terlibat menjayakannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN