25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BSMM Mengutip 8,517 Pain Darah Sepanjang Tahun 2022 Di Seluruh Sabah.

Datuk Flovia bersama AJK penganjur memotong kek sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Sabah.

KENINGAU: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berjaya mengutip sebanyak 8,517 pain darah melalui penganjuran sebanyak 245 program diseluruh negeri Sabah sepanjang tahun 2022.

Pembantu Menteri Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng mengucapkan penghargaan kepada BSMM kerana terus aktif mengadakan program derma darah.

“Tidak lupa juga penghargaan kepada masyarakat sebagai penderma darah sehingga berjaya mengumpul pain darah sebanyak itu untuk kegunaan mereka yang memerlukan.

“Saya berharap agar pihak BSMM dan penderma darah dapat meneruskan usaha murni ini tanpa berputus asa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Derma Darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Sabah, di Tapak Pasar Malam Keningau pada Ahad.

Pada Program Derma Darah ini telah berjaya mengumpul sebanyak 145 pain darah yang diadakan bermula jam 8 pagi hingga jam 2 petang.

Pada majlis ini, Jasmi Bin Salleh dianugerahkan sebagai penderma darah terbanyak bagi Daearh Keningau iaitu sebanyak 122 kali menderma darah dan Sim Lee Fun @ Mary ditDempat kedua dengan menderma darah sebanyak 85 kali.

Manakala bagi Anugerah Kutipan Darah Terbanyak Sepanjang Tahun 2022 seluruh Sabah, dianugerahkan kepada BSMM Daerah Keningau dengan berjaya mengutip sebanyak 2,120 pain darah melalui penganjuran sebanyak 73 kali.

Manakala, tempat kedua dan ketiga bagi Anugerah Kutipan Darah Terbanyak masing-masing disandang oleh BSMM Kota Kinabalu (1000 pain) dan Penampang (897 pain)

Sementara itu, Anugerah Ahli Pasukan Bantuan Sukarela Paling Aktif dinobatkan kepada Welliam Chong Yuk Chung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN