31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BSL Oilfield  Services yakin permintaan meningkat berdasarkan   industri minyak dan gas dilandasan yang kukuh

GAMBAR:SIMBOLIK….Fauziah (tiga dari kanan) bersama rakan strategik memotong riben sebagai simbolik rasmi perpindahan operasinya ke kawasan baharu di Jalan Kolam Batu Arang.

LABUAN: Syarikat BSL Oilfield Services yang menjalankan perkhidmatan   membekalkan kontiner luar pesisir yakin syarikatnya akan menerima lebih banyak  permintaan berdasarkan industri minyak dan gas luar pesisir kini berada dilandasan yang semakin stabil dan kukuh.

Pengarah Urusan Syarikat itu, Fauziah  Tranchand berkata, industri minyak dan gas telah membuat kemunculan semula  apabila  harga minyak mencapai paras tertinggi sejak pengucupan ekonomi global dua tahun lalu akibat pendamik COVID 19.

Katanya, pembukaan semula ekonomi dunia dan penarikan  balik sekatan perjalanan telah menyumbang kepada lonjakan  permintaan walaupun persekitaran ekonomi dunia masih dalam keadaan yang mencabar.

“BSL Oilfield Services  menaruh keyakinan yang tinggi terhadap sector itu  dan syarikat kami mula merancang untuk terus melabur dengan mengembangkan perniagaan dan inisiatif pertumbuhan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Majlis Pelancaran rasmi pemindahan BSL Containers Sdn. Bhd  yang beroperasi di Labuan  ke tapak baharu di Jalan Kolam Batu Arang, bermula Sabtu.

BSL Oilfield yang beribu pejabat di Singapura dengan cawangannya di Labuan, Bintulu, Kamaman dan Kuala Lumpur merupakan  sebuah syarikat  pembekal  kontena luar pesisir, bakul, kontena sejuk, tangki dan peralatan  minyak dan gas luar pesisir yang menepati piawaian DNV2.7.1 dan ISO 10085.

Jelasnya lagi, peningkatan dalam aktiviti berkaitan  minyak dan gas luar pesisir seperti kerja kerja penggerudian, penerokaan dan pengeluaran minyak memberi petanda yang baik untuk sektor perkhidmatan  pembekalan kontina luar pesisir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN