26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Britain rasmi keluar EU

Minggu lalu, Anggota Parlimen Eropah sebulat suara memberi sokongan kepada syarat Britain meninggalkan EU.

Selepas 47 tahun menganggotai Kesatuan Eropah (EU), Britain secara rasmi keluar dari blok berpengaruh dunia itu.

Britain tidak lagi dianggap sebagai negara anggota EU, meskipun ia akan terus mengguna pakai undang-undang EU sehingga tempoh peralihan tamat pada akhir 2020.

Minggu lalu, Anggota Parlimen Eropah sebulat suara memberi sokongan kepada syarat Britain meninggalkan EU.

Undian yang di Brussels itu menyaksikan 621 menyokong, 49 menentang dan 13 berkecuali. 

Rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada EU menerusi pungutan suara pada Jun 2016 dan kerajaan itu secara rasmi memaklumkan kepada EU mengenai hasrat mereka pada Mac 2017.-Agensi-


 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN