29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Brandon Lai juara golf terbuka amatur Labuan 2022

Gambar TAHNIAH…Brandon dan Syahirah bersama piala dimenangi sambil diperhatikan Gapilin (kiri sekali) dan Kapten Golf LGC Encho Hamid

LABUAN: Brandon Lai dari Kelab Golf Shan Sui Golf & Cuntry Club Tawau  muncul juara Kejohanan Golf Amatur  Terbuka Labuan 2022 kategori gross  di Kelab Golf Labuan (LGC), petang Ahad.

Pemain muda dari Tawau Sabah itu mencatatkan 224 pukulan mengenepikan Saffaruddun Abidin dari Sandakan Golf  Cuntry Club (SDGCC) yang  membuat 231 pukulan.

Dengan kemenangan itu Brandon membawa pulang  sebuah piala pusingan dan piala iringan serta wang tunai.

Tempat ketiga kategori gross dimenangi oleh Idris Mohammad dari Kelab Golf Labuan (LGC), manakala tempat keempat dimenangi oleh Casper Loh Wei Kin dari Sabah Golf Cuntry Club (SGCC) dan tempat kelima dimenangi oleh Mohd Zariq Encho dari LGC.

Sementara itu, Nurul Syahirah dari Sandakan Golf Country Club (SDGCC) muncul juara kategori wanita  gross dengan mencatatkan  236 pukulan (OCB) untuk menerima hadiah sebuah piala pusingan dan piala iringan  serta wang tunai.

Naib johan bagi kategori wanita gross dimenangi oleh Nabila Alifudin dari Sabah Golf Association (SGA) yang turu mencatatkan 236 pukulan dan tempat ketiga dimenangi  Chew I Youn (255 pukulan) dari Sabah Golf Country Club (SGCC).

Bagi kategori Nett lelaki johan dimenangi oleh Mohd Sofian Alfian Nair dari Keningau Golf Country Club (KUGCC) dengan 144 pukulan, naib johan dimenangi Harry Chung dari Sabah Golf Country Club (SGCC) dengan 144 pukulan.

Tempat ketiga dan keemapt masing masing dimenangi oleh  Jackson Gamalid dari Kenigau Gofl Club (KGC) yang mencatatkan 145 pukulan dan Albert Robin juga dari KGC dengan 145 pukulan.

Majlis penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Presiden LGC, Datuk Gapilin Nasaruddin.

Kejohanan anjuran LGC dengan kerjasama Asian Supply Base (ASB) Sdn.Bhd  telah disertai seramai 112 peserta termasuk 20 peserta wanita yang melibatkan penyertaan lebih 10 kelab golf dari Sabah, Semenanjung dan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN