32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bomba Sukarela penting dalam hadapi bencana alam: Jonathan

Jonathan (tengah) dan lain-lain semasa program sukaneka di Kg Libang baru-baru ini


RANAU: Kewujudan pasukan Bomba Sukarela di sesebuah Kawasan adalah penting kerana sangat membantu apabila berlaku bencana alam terutama sekali banjir, kata Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.


Beliau berkata, pengalaman sejak beberapa tahun di mana kejadian banjir kilat berlaku di beberapa Kawasan ini perlu menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk melengkapkan lagi persediaan menghadapi situasi berkenaan.


Justeru, beliau mengumumkan dana sebanyak RM12,000 untuk pembiayaan aktiviti dan pembelian alat kelengkapan Bomba Sukarela Kg Libang untuk menangani bencana alam.


“Penubuhan Bomba Sukarela adalah penting dan sangat membantu apabila berlaku bencana alam terutama sekali banjir. Pengalaman kejadian banjir sudah berlaku beberapa kali di Kg Libang dan sekitarnya.


“Sebagai pemimpin di sini, saya berterima kasih kepada Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Ranau kerana memberi latihan asas menyelamat semasa berlaku bencana,” kata beliau.


Jonathan berkata demikian semasa merasmikan Program Penutupan Sukaneka Kg Libang Ranau 2023, dekat sini baru-baru ini yang mlibatkan para golongan belia kampung tersebut.


Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib menyambut baik berita tersebut dan berterimakasih kepada Jonathan atas sokongan dan juga sumbangan dari beliau.


Beliau memberitahu bahawa semoga sumbangan yang diberikan tersebut dapat digunakan oleh Bomba Sukarela Kg Libang dalam menjalankan khidmat mereka kepada masyarakat di sini.


“Semoga dengan sumbangan dan sokongan dari pemimpin kita ini dapat memberikan kelegaan kepada penduduk di Kawasan ini kerana mengetahui Bomba Sukarela Kg Libang lebih dilengkapi berbanding sebelum ini,” katanya.


Ridwan turut berkata, sumbangan itu dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Bomba Sukarela kg Libang dapat menaikkan semangat anggota Bomba Sukarela di Daerah Ranau khasnya di kawasan itu.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN