BASHIR (kanan) bersama Sahari ketika meninjau carta jentera PDM Benua di Kampung Sungai Bedaun, pada malam Rabu.
LABUAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P166 Labuan, Datuk Bashir Haji Alias mengesa ahli jentera parti UMNO dan BN untuk memastikan semua pengundi tertutama ‘pengundi putih’ keluar mengundi dengan memilih calon BN.
Bashir yang juga Pengerusi BN mengajak penyokong parti itu yang terdiri daripada golongan belia untuk memainkan peranan sebaiknya dalam memastikan pengundi muda khususnya yang berumur 18 tahun menjalankan tanggungjawab mereka.
“Saya berharap seluruh jentera dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap bagi meraih undi bukan sahaja pengundi putih tetapi juga pengundi atas pagar untuk keluar mengundi dan memilih calon BN pada hari pengundian nanti” katanya ketika ditemui selepas melawat markas PDM Benua, di Kampung Sungai Bedaun, pada malam Rabu.
PDM Benua merupakan PDM yang ke 20 sempat dilawati oleh Bashir sejak hari pertama penamaan calon bagi memberi semangat kepada jentera pilihanraya yang telah bertungkus lumus dalam memastikan calon BN memenangi pilihanraya kali ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Labuan, Sri Ram, Ketua Cawangan UMNO Sungai Bedaun, Sahari Amdan, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Musa Basman.



