Pasukan Blue Warrior bersama hadiah yang dinenagi.
LABUAN:Pasukan Blue Warrior dari Hongkong muncul johan Cabaran DAIWA Deep Sea Challenge sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023 untuk berkongsi hadiah wang tunai RM45,000 selain menerima hadiah peralatan memancing DAIWA.
Pasukan itu yang mengabungkan pemancing dari Hongkong dan Filipina itu berjaya mengumpul hasil tangkapan seberat 88.5 kilogram (kg).
Naib johan dimenangi oleh pasukan Mystery A/Rodzhan (Sabah) selepas berjaya mengumpul hasil tangkapan seberat 76.1 kilogram untuk menerima hadiah wang tunai RM 15,000 dan peralatan memancing sumbangan DAIWA.
Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan BN Reelers B/Yusrissham dari Brunei Darussalam yang berjaya menaikkan ikan seberat 52.6 kilogram untuk berkongsi hadiah wang tunai RM10,000 dan barangan memancing DAIWA.
Sementara itu, pemancing dari Hongkong Chow Kam Kwong dinobatkan sebagai johan kategori individu selepas berjaya menaikkan ikan jenis Dog Tooth seberat 30.6kg untuk menerima hadiah wang tunai beserta peralatan memancing sumbangan DAIWA.
Naib johan bagi kategori individu dimenangi olej Kong Kin Yuen dari Perak selepas berjaya meangkap ikan jenis keratang seberat 18.6 kg untuk membawa pulang hadiah wang tunai dan peralatan memancing DAIWA.
IKAN jenis Dog Tooth seberat 30.6 yang dinaikkan Chow Kam Kwong (Hongkong) dinobat sebagai johan kategori individu.
Tempat ketiga dimenangi oleh Hau Kiam Thong dari Sabah dengan hasil tangkapan ikan jenis Ruby seberat 14.2 kg untuk menerima hadiah berupa perlatan memancing DAIWA.
Sementara itu pemancing dari pasukan Mystery dari Sabah, Rozhan dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori Khas Daiwa Deep Sea Challenge yang berjaya menangkap ikan Dog Tooth seberat 44.66 kg. Untuk menerima hadiah berupa peralatan menangkap ikan DAIWA bernilai lebih RM6,000.
Cabaran DAIWA Deep Sea Challenge yang diadakan di kawasan Pulau Layang-Layang, Kepulauan Spratly Malaysia 80 km dari Labuan telah disertai 184 peserta dari dalam dan luar negara.
Antara peserta luar negara yang menyertai cabaran DAIWA Deep Sea Challenge itu ialah Brunei, Hongkong, Kanada, Brunei, China dan Malaysia.
Pertandingan yang dijalankan selama lima hari bermula 23 hingga 26 April itu telah dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjasama DAIWA.
Sementara itu, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail yang diadakan di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada petang Ahad.