31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Biro Hal Ehwal Islam P.179 Ranau, terus perkukuhkan ikatan silaturrahim

Jawatankuasa Biro Hal Ehwa Islam P.179 Ranau merakam gambar bersama Hussien (duduk dua dari kanan) selepas mesyuarat.

RANAU: Biro Hal Ehwal Islam P.179 Ranau, terus perkukuhkan ikatan silaturrahim dikalangan staffnya dengan masyarakat beragama Islam dan bukan seagama dengan mereka.

Untuk mencapai hasrat ke arah itu Biro berkenaan telah merancang pelbagai program dan aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan dan menjalang  Sywal sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Antara yang dirancang ialah, menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di beberapa tempat Masjid dan Surau yang dikenalpasti di kawasan DUN Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan.

Pengerusi Jawatankuasa Biro Hal Ehwal  Islam P.179 Ranau, Hussein Bin Haji Jirat ketika mempengerusikan satu mesyuarat biro itu di Bilik Gerakan pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau baru-baru ini, menjelaskan program tahunan itu pada tahun ini akan ditambahbaik termasuk sumbangan kewangan kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau membantu mengendalikan penyediaan makanan dan minuman ringan Berbuka Puasa bersama masyarakat Islam setempat.

“Mereka yang bukan seagama dengan kita juga kita alu-alukan untuk hadir bersama-sama dengan kita semasa berbuka puasa kelak”, jelas Hussien yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Ranau, Yang Berhormat Datuk Jonathan Yasin.

Menurutnya, selain masyarakat Islam dan bukan beragama Islam, Biro itu juga  mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Jonathan untuk berbuka puasa.

Menurut Hussein lagi, pada tahun ini sumbangan berbentuk buah kurma akan dikurangkan dan ditukarkan dengan sumbangan berbentuk wang tunai membolehkan Jawatankuasa menyediakan keperluan dalam bentuk juadah.

Turut disentuh dalam mesyuarat tersebut ialah berkaitan dengan urusan pendaftaran Biro itu  kepada ROS selepas senerai nama  Jawatankuasa siap dikemaskini dalam masa terdekat.

“Biro kita difikirkan perlu didaftarkan dengan ROS membolehkan kita menyimpan dan menerima sumbangan dana tabungan jika ada termasuk membuka buku akaun pada masa akan datang”, tambah Hussein.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN