31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bijak pilih calon PRU15

Dari kiri……Jaluniam Masidin, Jelini Sumintah dan Airine Abidin

RANAU:  Rakyat akar umbi khususnya para pengundi berdftar  kawasan P.179 Ranau, diseru agar bertindak bijak untuk memilih calon Parlimen yang benar-benar boleh menabur jasa, bakti dan pengorbanan kepada rakyat  dan bukan calon yang hanya bising menjanjikan itu dan ini semata-mata menarik perhatian para penggundi.

Ramai pemerhati politik di daerah Ranau  berpendapat, para calon yang hanya muncul ketika PRU adalah ibarat ‘Tin Kosong’  bunyinya kuat tepi tiada berisi, sebaliknya calon yang berkerja keras sepanjanh masa meskipun bukan disebabkan PRU, tetapi memajukan dan banyak menghulurkan sumbangan kepada rakyatnya maka itulah pemimpin yang sebenar yang perlu diberikan sokongan padu.

Sambil mereka memuji dan menyatakan sokongan sambil merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan  Yasin yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau ketika ini, kerana keprihatinannya membantu panduduk  membiayai kos rawatan perubatan termasuk mereka yang menerima rawatan doktor di Wad hospital daerah dan yang ke Hospital Queen Kota Kinabalu atas sebab  penyakit tertentu.

Ramai  yang sempat ditemui masing-masing menarik nafas lega sambil menyifatkan  Datuk Jonathan, sebagai “Pejuang Rakyat’ Berjiwa Rakyat dan suka membantu mereka yang tidak berkemampuan.

“Keprihatinan pemimpin seperti Datuk Jonathan perlu kita hargai kerana banyak menolong rakyat dan dalam masa yang sama perlu dicontohi oleh pemimpin yang lain”, jelas Airine Abidin 41, dari daerah Ranau.

“Kita bukan berkempen sebab PRU masih lama lagi tetapi sekadar pendapat secara peribadi”, jelas Airine.

Seorang lagi penduduk, Jelini Samintah, turut memuji dan berterima kasih atas bantuan Datuk Jonathan membiayai kos perubatan pesakit ke  hospital Ranau.

“Kita berterima kasih kepada Jonathan kerana membantu  membiayai kos (yuran) perubatan mereka yang menerima rawatan “, tambah Jelini.

Seorang  penduduk dari Kundasang, Jaluniam Binti Masidin, turut mendedahkan kelebihan Datuk Jonathan berbanding pemimpin lain yang pernah menyandang tugas sebagai Ahli Parlimen (MP) di mana Jonathan juga seorang yang peramah dan mesra rakyat tanpa mengira usia, latarbelakang agama, suku kaum dan idologi politik semuanya dia tolong.

“Beliau juga prihatin dan banyak membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Anak Yatim, Ibu Tunggal, Pesakit Telantar dan  sanggup ‘Turun Padang’ meskipun  berjalan kaki sejauh 5 kilometer, tidak kira berhujan, berpanas atau bermalam semata-mata untuk  menemui penduduk pedalaman sambil meninjau keperluan mereka”, jelas Jaluniam sependapat dengan Collina Sian dari Kg.Poring Ranau.

Menurut Collina, Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, turut mengunjungi sambil menghulurkan sumbangan peribadi ke majlis tertentu seperti perkahwinan,  perayaan keluarga dan menemui keluarga yang kehilangan isi keluarga kerana meninggal, membiayai kos peti keranda dan sanggup bersama penduduk ke tanah perkuburan memberi penghormatan terakhir kepada yang meninggal dunia.

“Tiada pemimpin yang  sanggup berbuat seperti yang Datuk Jonathan lakukan.

“Datuk Jonathan juga tidak ketinggalan  berkunjung sambil menghulurkan sumbangan peribadinya  ke rumah kediaman keluarga yang ditimpa musiba seperti kebakaran rumah kediaman, banjir, tanah runtuh dan keluarga yang dilaporkan hilang”, tambah Collina.

Beliau mengajak penduduk kawasan Parlimen P.179 Ranau, supaya mengekalkan sokongan kepada Datuk Jonathan sebagai pemimpin ‘Prihatin dan Pejuang Rakyat’  Parlimen Ranau membolehkannya terus menabur jasabakti dan pengorbanan kepada lapisan masyarakat kawasannya.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN