ADVERTISEMENTspot_img

BFF@Labuan2025 mampu jana ekonomi Labuan hampir RM35 juta nilai kasar-Dr.Zaliha

Dr.Zaliha ketika berada di taman Flora Putrjaya@ BFFLabuan2025.

LABUAN: Borneo Flora Festival@Labuan 2025 yang akan bermula secara rasmi hari ini sehingga 30 Julai dijangka memberi limpahan ekonomi yang memberangsangkan tidak kurang RM 35 juta nilai kasar kepada
Wilayah Persekutuan Labuan

Demikian kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa kepada media selepas meninjau persiapan akhir BFF@Labuan 2025 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, petang kelmarin.

Beliau berkata, BFF@Labuan2025 yang berlangsung lima hari itu bakal menyaksikan lebih 50,000 pengunjung tempatan dan luar berkunjung ke Labuan dan ini memberi manfaat secara langsung kepada pengusaha hotel , restoran, operator inap desa dan Homestay,

“BFF@Labuan2025 dijangka menerima kehadiran lebih 50,000 pengunjung dengan anggaran perbelanjaan langsung mencecah RM20 juta, merangkumi penginapan, makanan, pengangkutan dan cenderamata.

“Kesan pengganda ekonomi pula diunjur menyumbang sehingga RM35 juta nilai tambah kasar (GVA), selain turut mewujudkan sekitar 400 peluang pekerjaan sementara” katanya.

Selain itu, nilai publisiti setara (AVE) dijangka mencecah sehingga RM8 juta dan ini mengukuhkan lagi penjenamaan Labuan sebagai destinasi acara berskala besar.

Jelas beliau lagi, festival yang julung kalinya diadakan adalah sebahagian daripada inisiatif Wilayah Persekutuan untuk memperkukuhkan identiti Labuan sebagai hab pelancongan dan budaya dengan hasrat untuk memperluaskan penganjuran acara berskala besar pada masa hadapan sekaligus merangsang ekonomi Labuan.

Dr. Zaliha turut memuji kerjasama bersepadu Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Putrajaya (Pjj), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Labuan (PL) serta organisasi komuniti Labuan dalam memastikan Labuan bersedia menerima lonjakan pengunjung.

Sementara itu, Majlis perasmian BFF@Labuan2025 akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung, Raja Zarith Sofia, petang ini.

Dijangka turut hadir memeriahkan majlis perasmian itu isteri Tuan Yang Terutama (TYT) negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta beberapa orang orang kenamaan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung, Kalimantan Indonesia dan Brunei Darussalam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN