Dr Zaliha yang diiringi Sukuran ketika melawat tapak semaian bunga BFF di Jalan Tanjung Batu, di sini baru baru ini
LABUAN: : Borneo Flora Festival (BFF)@Labuan 2025 yang julung kalinya diadakan di sini pada penghujung bulan ini di jangka mampu menarik lebih 50,000 pengunjung tempatan dan luar terutamanya dari Brunei, Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan juga Kalimantan Indonesia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa berkata sehingga kini maklum balas yang diterima amat menggalakkan hasil usaha promosi bersepadu yang dijalankan oeh Perbadanan Labuan dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
“Bagi merancakkan kehadiran pengunjung pihak Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus bagi penerbangan ke Labuan sekurang-kurangnya kurangnya seminggu sebelum berlangsungnya BFF@ Labuan 2025”, katanya kepada media selepas melawat tapak semaian bunga BFF di Jalan Tanjung Batu dekat sini, baru baru ini,
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbandaran Labuan, Sukuran Mohd Taib.
Dr. Zaliha turut menjelaskan, Raja Permaisuri Agung, Raja Zarith Sofiah dijangka akan mencemar duli menghadiri festival tersebut sekaligus memeriahkan lagi sambutan festival yang akan melibatkan lebih 200,000 pokok pelbagai jenis bunga.
Jelas Dr Zaliha, BFF @Labuan 2025 bakal mengetengahkan kekayaan biodiversiti dan keindahan budaya Borneo menerusi pameran flora, persembahan taman yang bertemakan ekologi serta pertunjukan kebudayaan yang menjanjikan pengalaman penuh warna warni dalam meraikan alam warisan.



