31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BERSUKAN SALAH SATU CABANG KEJAYAAN MURID: NG MOI LEE

Ng ketika menyampaikan amanat kepada semua pasukan  

RANAU: Kecemerlangan akademik tidak mencukupi bagi seseorang pelajar mahupun murid dalam era globalisasi ini. Aktiviti kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan dan permainan juga merupakan salah satu cabang kejayaan bagi seseorang individu.

Penglibatan aktif dalam kokurikulum seperti sukan permainan bola baling pada hari ini memainkan peranan yang sangat penting kepada perkembangan kanak-kanak untuk merangsang diri mereka agar lebih mudah menerima sesuatu pembelajaran. Ini kerana biasanya bersukan akan memiliki tubuh badan yang sihat dengan pengaliran darah yang lancar serta pengeluaran toksin dalam badan melalui peluh.

Di samping itu bersukan juga mampu mematangkan fikiran menerusi pergaulan bersama rakan, belajar memimpin, membuat keputusan dengan pantas dan tepat, bertimbang rasa, bertolerensi dan menghormati antara satu sama lain. Semua pendidikan tidak formal ini secara tidak langsung bukan sahaja mematangkan fikiran malah menyemai nilai-nilai murni kehidupan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), melahirkan seorang pelajar yang seimbang dalam aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial).

Para pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Peringkat Zon Timur

Demikian menurut Pengerusi Pengelola Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Peringkat Zon Timur selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kananapon, Ng Moi Lee ketika menyampaikan ucapan pada perasmian pembukaan kejohanan tersebut di Padang Sekolah Kebangsaan Nalapak baru-baru ini.

Ng turut memuji penyertaan 20 pasukan yang mewakili sekolah masing-masing pada tahun ini. Beliau menyifatkan sangat berjaya berbanding kejohanan sebelum ini yang agak kurang menggalakkan.

“Syabas dan tahniah kepada semua pentadbir sekolah kerana menghantar wakil sekolah ke kejohanan bola baling pada tahun ini. Tahniah semua jurulatih dan pengiring juga kepada Guru Besar SK. Nalapak, Jaipin Kimburon kerana sentiasa bersedia menjadi vanue kejohanan pada tahun ini.

“Kita juga menghargai sokongan berterusan semua ibu bapa terhadap pihak sekolah khususnya anak-anak yang menyertai kejohanan ini. Kepada semua peserta, selamat bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi. Anda semua adalah pemenang dan kepada yang terpilih mewakili zon ke peringkat daerah, anda adalah wira dan wiranita Zon Timur yang sudah berjaya,” jelas Ng.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN