25 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BERSATU Labuan serah kepada pucuk pimpinan soal calon

PERSIDANGAN…. Suhaili (lima dari kiri) bersama barisan kepimpinan parti yang hadir pada persidangan tersebut.


LABUAN: BERSATU Bahagian Labuan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Parti Perikatan dan Muafakat Nasional untuk menentukan calon parti mana yang akan dipilih untuk bertanding bagi kerusi Parlimen P166 Wilayah Persekutuan Labuan pada PRU ke 15 nanti.


Ketua parti itu, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, BERSATU Labuan menyerahkan sepenuhnya kebijaksanaan pucuk pemimipin gabungan Parikatan Nasional dan Mufakat Nasional untuk menentukan siapa dan calon mana yang akan bertanding menentang lawan bagi kerusi P 166 Labuan pada PRU ke 15.


“Bagi Labuan kita mempunyai Parti yang diwakili UMNO, PAS dan BERSATU yang pasti akan berdepan dengan salah parti lawan iaitu WARISAN atau PKR dan dalam kontek ini kita akan melihat sokongan mana yang lebih popular dan mendapat sokongan rakyat ….jika BERSATU lebih popular dan mendapat sokongan rakyat maka calon BERSATU lah yang seharusnya menjadi calon dan jika UMNO lebih popular maka calon dari UMNOlah dipilih” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Parti BERSATU Bahagian Labuan di sini, pada Sabtu.


Pada pesidangan itu menyaksikan seramai 147 perwakilan daripada 13 cawangan BERSATU bahagian hadir untuk mengundi dan memilih 25 jawatan kanan parti peringkat pusat bagi penggal 2019-2022.

Antara jawatan untuk pemilihan tahun ini adalah tiga jawatan naib presiden, 20 jawatan ahli majlis tertinggi dan satu jawatan masing-masing untuk pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.


Sementara itu Suhaili yang juga mantan dua penggal Ahli Parlimen Labuan turut mencuba nasib bertanding bagi merebut 20 kerusi Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan (AMT) peringkat pusat.


Menyentuh mengenai keahlian BERSATU di Labuan, Suhaili berkata, pihaknya dijangka akan memperolehi penambahan ahli sekurang-kurangnya hampir 2, 000 orang dalam masa terdekat ini berikutan penyertaan penduduk kampung, ahli-ahli dari Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


“Insya’Allah, kita akan berusaha sedaya-upaya bermula tahun ini untuk mencapai 10, 000 keahlian bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu di Labuan”| katanya,
Hadir sama, Timbalan Ketua BERSATU Labuan, Abdullah Omar dan Naib Ketua Bahagian, Hassan Jinin serta barisan tertinggi parti BERSATU Bahagian Labuan. -JD

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN