25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bersatu Labuan catat 4,000 keahlian dengan 34 cawangan

BORANG…. Suhaili (tiga kanan) menerima borang keahlian Bersatu cawangan Bukit Besar daripada Masri

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Labuan  mencatatkan peningkatan  jumlah keahlian parti itu  lebih  4,000 ahli baharu   membabitkan 34 cawangan.

Ketua Bahagian parti itu,  Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata peningkatan jumlah ahli yang menyertai parti itu sejak akhir tahun lepas mendorong kepada meningkatnya cawangan daripada 16 sebelum ini kepada 34 cawangan.

Beliau berkata  parti itu mengamalkan sikap  keterbukaan menyebabkan lebih ramai ahli ahli parti politik berminat untuk menyertai parti yang diterajui oleh Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 “Kami di sini bukan untuk mencuri ahli daripada parti politik lain, sebaliknya mengalu-alukan semua yang datang untuk sama-sama  berkhidmat kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan cawangan terbaru Bersatu di Bukit Besar di sini, pada Ahad.

Beliau berkata cawangan Bukit Besar yang baru sahaja  ditubuhkan itu sebahagian besarnya adalah bekas ahli UMNO dari Bukit Kalam yang diketuai oleh Masri Bohari.

Pada majlis itu, Suhaili yang juga mantan Ahli Parlimen Labuan dua penggal menyerahkan 40 bakul makanan dengan duit raya kepada golongan yang memerlukan di Kg Bukit Kalam (Bukit Besar) dan  juga di  Kg Layang-Layangan.

“Empat puluh bakul makanan itu adalah sebahagian daripada 500 bakul yang diperuntukkan kepada yang memerlukan di Labuan sumbangan Bersatu Bahagian Labuan dan kami akan menambag jumlahnya bergantung kepada keperluan,” katanya.

Beliau juga berkata  Bersatu Bahagian Labuan  mewujudkan biro aduan awam untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Suhaili juga mendedahkan kerjasama antara Bersatu dan  UMNO di Labuan tidak lagi wujud  sebaliknya parti itu akan terus  mengukuhkan hubungan dengan  PAS Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN