31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Bermula sebagai pembekal air mineral kini jadi pembekal alat teknikal minyak dan gas

Rozaini menunjukan peralatan hos teknologi tinggi yang dibekalkan kepada syarikat minyak dan gas di Labuan

LABUAN: Bak kata pepatah ‘Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Kejayaan itulah falsafah yang dilalui oleh pasangan suami isteri yang mula berniaga sebagai pelbekal air mineral ke kapal minyak dan gas kini bergelar usahawan berjaya dan menjadi anak jati Labuan pertama yang menjalankan perniagaan pembekal peralatan teknikal berkemahiran tinggi di sektor minyak dan gas di Labuan.

Walaupun sebelum ini pernah gagal dalam bidang perniagaan namun anak jati Labuan ini, Rozaini Aliakat bersama isterinya Norlilah Duli
tidak menghalang untuk mereka terus tekad mengubah nasib dan memperbaiki kesilapan lampau sebelum ini.

Rozaini ketika ditemui berkata melalui pengalaman bekerja sebagai buruh industri sejak 2008 yang kemudian berjinak jinak berniaga secara kecil kecilan dengan membekal air mineral ke atas kapal kapal minyak dan gas.

Berbekalkan semangat yang tinggi akhirnya pasangan suami isteri ini berjaya menubuhkan syarikat yang didaftarkan atas nama Ocean Pacific Engineering Sdn. Bhd.

Beliau berkata Ocean Pacifuc Engineering Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2020 merupakan satu-satunya syarikat bumiputera Melayu di Labuan yang menawarkan khidmat penyelenggaraan dan pembekalan hidraulik secara setempat.

”Pada peringkat awalnya saya berkerja diatas kapal bermula sebagai rigger, lepas tu saya jadi Lead Foreman sehinggalah dilantik sebagai supervisor untuk mengurus keseluruhan kapal dan pengalaman itulah yang bagi kekuatan untuk saya bertekad membuka perniagaan sebagai pembekal air mineral atas kapal berbekalkan model RM2,000′ katanya.

Rozaini berkata, selepas empat tahun kemudian beliau bersama isteri menjalani fasa baharu dengan mencuba melebarkan perniagaan sebagai pembekal peralatan hos dan pepasang haudraulik teknologi tinggi bagi sektor minyak dan gas serta perkapalan.

“Sebagai pemain baharu, kami berdepan cabaran industri seperti kos peralatan, persaingan pembekal, serta keperluan sijil teknikal yang ketat namun ketekunan dan kepakaran yang dibangunkan oleh syarikat kami secara perrlahan lahan telah diyakini oleh pelanggan…. keutamaan kami ialah membekalkan peralatan yang berkualiti serta memenuhi piawan yang ditetapkan oleh pelanggan”, jelasnya.

Pasangan itu kini menyasar untuk mengembang perniagaan melalui kapasiti teknikal yang terdiri daripada anak tempatan serta pasukan kontrak yang lebeh stabil.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN