32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira tempat dan masa

Robert (kiri)semasa membantu mengawal lalu lintas sebelum polis trafik tiba di lokasi

KENINGAU:Berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira tempat dan masa begitulah sifat yang ada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang sentiasa peka dengan masalah rakyat di kawasannya.

Robert yang Pembantu Menteri Kerja Raya yang kebetulan melalui Simpang Sekolah Kebangsaan (SK)Binaong Jalan Apin-Apin Keningau, terserempak dengan kejadian kemalangan di lokasi tersebut pagi tadi.

Beginilah suasana di lokasi kemalangan.

Sebaik sahaja melihat kejadian itu beliau berhenti serta merta membantu mengawal lalu lintas dan menghubungi polis trafik untuk melancarkan lalu lintas di lokasi kejadian.

“Syukur keadaan mangsa iaitu kedua-dua pemandu yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan” katanya.

Beliau berharap urusan kedua-dua mangsa dipermudahkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN