Suman (duduk tengah)besama AJK Induk yang menerima watikah perlantikan
Oleh: Francis Andin
KENINGAU: Pemimpin Induk Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Dewan Undangan Negeri N. 44 Tulid yang menerima watikah perlantikan sebagai AhliJawatankuasa Induk Parti itu digesa supaya terus berjuang dengan konsep bekerja dalam satu pasukan dalam memastikan perjuangan dan hala tuju PBS terus mendapat mandat rakyat pada masa akan datang.
Ketua Bahagian PBS Dun Tulid Datuk Suman Yasambun berkata dengan adanya kerjasama erat dan sentiasa bekerja demi perjuangan parti akan menjamin dan memantapkan lagi perancangan jangka panjang kepimpinan PBS di negeri ini.
Justeru katanya dalam memastikan semua ahlijawatankuasa dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengantara antara pemimpin tertinggi parti itu dengan rakyat, pelbagai program akan dilaksanakan dalam membantu kesediaan dan pengalaman para ahli melalui program perkongsian pintar antara ahli dan kepimpinan tertinggi parti PBS khasnya di Dun Tulid.
2.Suman (kanan)menyampaikan watikah kepada Tuan Andrey Asang TKB PBS Dun Tulid.
“ Kita merakamkan tahniah kepada semua penerima lantikan pada hari ini dan berharap perlantikan itu akan memberikan semangat juang yang kental demi perjuangan dan hala tuju parti dalam membantu kerajaan menyampaikan dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan rakyat keseluruhannya” katanya ketika berucap dimajlis itu.
Pada masa sama Suman juga yakin kepimpinan PBS Dun Tulid akan terus kuat dan bekerjasama dengan pihak kerajaan sedia ada dalam bersama membangun negara khususnya Sabah seterusnya besama menyelesaikan permasalahan rakyat.
Dalam pada itu, Suman yang juga terlibat langsung dalam kepimpinan KDCA Sabah yakin beberapa program berkaitan komuniti kemasyarakatan anjuran pertubuhan KDCA akan terus membantu menjadi peneraju kepada kemajuan rakyat pada masa akan datang.
Sempena Majlis itu, kira-kira 17 orang menerima watikah perlantikan masing-masing, diketuai Timbalan Ketua Bahagian PBS Dun Tulid Andrey Asang.