Tun sihat disamping keluarga tersayang – gambar google
KUALA LUMPUR: Berita yang tular menerusi aplikasi Whatsapp hari ini yang mengatakan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah meninggal dunia adalah palsu.
Pengurusan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini menafikan berita berkenaan sambil menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan berita tidak benar sangat tidak bertanggungjawab.
“Orang ramai digesa agar tidak menyebarkan berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran.
“Beliau (Tun) berada dalam keadaan sihat disamping keluarga tersayang,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu telah tular satu berita mengatakan Tun Abdullah Ahmad Badawi baru kembali keruhmatullah pada 11.53 pagi dalam usia 81 tahun.