Kelihatan sebahagian pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis yang terlibat dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir.
TENOM: Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul inilah kata-kata yang sesuai tujukan kepada mereka yang menghadapi musibah.
Dengan kata-kata inilah yang mendorong pimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Melalap sanggup meredah banjir bagi menjejaki mangsa banjir di Tenom bagi menyampaikan bantuan bekalan makanan dan minuman.
Menurut Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Melalap Datuk Haji Jamawi Jaafar, sasaran misi ini adalah beberapa kawasan yang tidak dapat dilalui kenderaan dan memerlukan bot untuk sampai kepada penduduk kampung yang terjejas.
Katanya, beliau telah mengarahkan ketiga-tiga jentera sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis dalam misi membantu mereka yang memerlukan.
“Bantuan kita akan salurkan setakat yang termampu bagi meringankan beban mangsa banjir disamping bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat di kawasan membantu mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan sementara” jelasnya.-MA



