30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Benz Garage Motor, PIBG SK.Luagan terima sumbangan ADUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan kewangan kepada Constantine.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @Nordin  menyumbang kewangan kepada Benz Garage Motor Keningau. 

Sumbangan kewangan tersebut adalah membiayai Benz Garage Motor yang menyertai Perlumbaan  Litar Festival Y15/Y16 ZR Drag Race 2022 yang diadakan  di Litar Kubang Menerong Tasik Gelugor Pulau Pinang.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN )Bingkor disampaikan sumbangan kewangan itu kepada Pengurus Benz Garage Motor Encik Constantine Jinuin.

Turut menerima sumbangan kewangan daripada Robert, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) Sekolah Kebangsaan(SK) Luagan Keningau.

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai penganjuran Larian Jogathon PIBG sekolah itu.

Sumbangan itu diterima oleh Setiausaha PIBG sekolah Fredolin Majip.

Fredoline mewakili PIBG SK Luagan merakamkan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.

“Katanya, PIBG sekolah amat menghargai keprihatinan Robert yang menyumbang  kewangan untuk program Larian Jogathon sekolah itu.

Beliau berkata,  dengan adanya sumbangan tersebut sudah tentu program yang dirancang akan berjalan lancar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN