30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Belia Disaran Jangan Telalu Memilih Pekerjaan.

OLEH: SALWAH ARAMAT

RANAU : Para belia khususnya lepasan sekolah disaran agar tidak terlalu memilih bidang pekerjaan, sebaliknya cuba menceburkan diri dalam aktiviti yang difikirkan boleh memberi manfaat untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Generasi muda juga perlu berkecimpung dalam bidang kemahiran yang difikirkan boleh menjana pendapatan sendiri tanpa terlalu memilih pekerjaan berdasarkan kemahiran atau kelulusan yang dimiliki.

Penulis merakam gambar bersama Nurul Asnitah (kanan) lepasan STPM SMK Lohan Ranau.

“Kita jangan terlalu memilih pekerjaan, yang penting kerja itu halal disisi agama dan memberi manfaat kepada diri sendiri”, jelas Nurul Asnitah lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM SMK Lohan Ranau.

-Nurul Asnitah-

Menurutnya, para lepasan sekolah tidak seharusnya memilih pekerjaan sebaliknya menceburkan diri dalam kursus-kursus kemahiran pertanian dan perniagaan yang boleh mendatangkan manfaat kepada keluarga.

Salah seorang lagi belia, dari Kg. Maliau Telupid, Mohd Khairiel Azman Syah Bin Azman 16, punya perancangan akan mengikuti kursus-kursus seminar kemahiran bagi membolehkannya memohon sebarang kerjaya yang sesuai.

Siti Norazwanie (kakak) dan adiknya Mohd. Khairiel Azman Syah.

Cik Norazwanie Binti Azman 18, dari Kg. Maliau Telupid, turut mengajak para lepasan sekolah supaya menerima pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan akademik yang mereka miliki.

“Para belia seharusnya berfikiran positif untuk mengikuti sebarang kursus kemahiran atau seminar yang boleh memberi pengalaman dengan gaji (pulangan) yang munasabah serta halal”, tambah Norazwanie yang kini bekerja di salah sebuah Saloon milik ibunya di pekan Telupid.-T A M A T-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN