TERBAIK…Sharina memperlihatkan dua bungkus minuman berperisa durian yang dijual kepada pelancong ke RRF.
RANAU: Para belia khususnya lepasan sekolah diajak agar tidak terlalu memilih bidang pekerjaan.
Cik Sharina Joseph, anak kelahiran Kg.Marakau Ranau berkata, golongan belia terutama lepasan Tingkatan Enam Atas atau yang sudah mendapat segolong Izajah dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) IPTS tidak sepatutnya memilih pekerjaan hanya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebaliknya , perlu berusaha bekerja di atas kaki sendiri (berdikari) menerima apa juga pekerjaan bagi mengisi tabung sendiri tanpa bergantung harap teradap bantuan daripada ibu bapa.
“Yang penting pekerjaan itu halal dari segi agama dan dapat mengisi poket untuk menampung kos keperluan diri sendiri”, jelas Sharina yang bertugas bersama dua rakannya di Ranau Rabbit Farm (RRF).
Menurut Sharina, mengikuti kursus atau seminar anjuran agensi kerajaan juga merupakan satu inisiatif terbaik bagi memajukan diri sendiri dan keluarga.
“Kursus dalam bidang pertanian dan perladangan juga boleh membantu untuk maju, dengan syarat mesti rajin berusaha”, tambah Sharina lepasan Tingkatan Enam SMK.Ranau ketika ditemui dalam usaha RRF mempromosi minuman berperisa buah durian kepada para pengunjung dari dalam dan luar negeri.