27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Belanjawan negara akan terus fokus kepada pembangunan luar bandar Sabah

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan mesyuarat MTPNg.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah dijangka terus menerima peruntukan untuk pembangunan luar bandar dalam Belanjawan 2025.

“Saya difahamkan bahawa di bawah Belanjawan 2025, peruntukan akan terus diberikan untuk pembangunan luar bandar di Sabah bagi merapatkan jurang antara luar bandar dan bandar serta menambah baik kemudahan asas, khususnya dalam menangani isu
berkaitan sekolah dan klinik daif.

“Bagi tujuan ini, tumpuan akan diberikan untuk memastikan akses penuh kepada
kemudahan asas, khususnya jalan raya, bekalan air bersih terawat dan bekalan
elektrik,” katanya pada mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu pada Selasa.

Pada masa yang sama, kerajaan akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, merangkumi penyediaan perlindungan sosial untuk semua
lapisan masyarakat, pekerjaan dengan gaji yang lebih baik serta langkah dan dasar yang akan menyaksikan pengagihan kekayaan negara secara adil,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan optimis Belanjawan Negara 2025 akan membawa Malaysia lebih dekat untu merealisasikan Ekonomi MADANI dengan kerjasama semua rakyat Malaysia.

Ketua Menteri berkata, Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini (18 Oktober) di Parlimen adalah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang bertujuan meningkatkan siling potensi ekonomi negara dan tahap kualiti kehidupan
rakyat selaras dengan temanya “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat
Sejahtera.”

Hajiji turut menyeru semua agensi dan jabatan menilai prestasi masing-masing
sepanjang tempoh suku ketiga tahun ini.

“Agensi dan jabatan di Sabah perlu berupaya meneroka peluang untuk meningkatkan prestasi projek pembangunan negeri,” katanya.

Beliau turut mengulangi bahawa projek pembangunan Persekutuan seperti sekolah dan klinik boleh dilaksanakan tanpa menunggu hak milik tanah dikeluarkan selagi tanah itu
telah diwartakan untuk tujuan berkenaan.

“Sekiranya tanah diperlukan untuk membina sekolah dan klinik, kerajaan negeri akan memudahkan bagi mengelak sebarang kelewatan dalam pelaksanaan projek,” katanya
sambil menambah penglibatan dan kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi Persekutuan di Sabah perlu diperkukuh untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek.:

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN