29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bekerja dalam satu pasukan demi memperkasa parti: Robert

Robert (tengah)semasa mempengerusikan mesyuarat itu.

KENINGAU:Ahli-ahli Parti STARSABAH khususnya Para pemimpin  Bahagian, Wiramuda dan Wiranita perlu memperkuatkan parti setiap masa.

Tidak ada istilah goyang kaki, tetapi sentiasa aktif dan  segar dalam melaksanakan tanggungjawab kepada parti, khususnya kepada ahli-ahli parti dan juga kepada rakyat.

Ketua Bahagian STARSABAH N. 40 Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, para pemimpin diketiga tiga peringkat iaitu Bahagian,  Wiramuda dan Wiranita perlu sepakat bekerja dalam satu pasukan.

“Saya mahu STARSABAH Bahagian Bingkor mesti mempunyai semangat juang dalam menghadapi segala cabaran yang dilalui. Pemimpin parti hendaklah sentiasa turun padang menemui ahli ahli dan juga masyarakat”

“Kita perlu memberi perkhidmatan yang terbaik Dan membantu ahli ahli dan masyarakat”

“Kita kena bersiap siaga dari sekarang untuk mempertahankan kerusi Parlimen P.180 Keningau yang disandang oleh Presiden STARSABAH DSP Dr Jeffrey G Kitingan” katanya semasa memberi amanat pada Mesyuarat Jawatankuada Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor  di sini pada Khamis.

Robert yang juga Timbalan Presiden STARSABAH berkata sebagai Ketua Bahagian, beliau meminta ahli-ahli parti menyokong  sepenuhnya kepada penyandang sekarang iaitu Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan untuk mempertahankan kerusi Parlimen P.180 Keningau  dan kemenangan yang besar dalam Pilihan Raya Umum akan datang ini.

“Bahagian STARSABAH Bingkor hanya ada satu calon saja untuk Parlimen P.180 Keningau iaitu Dr Jeffrey G Kitingan. Tidak ada lagi calon lain. Mulai sekarang kita perlu mulakan gerak kerja  untuk mempastikan kemenangan Presiden kita” tegas Pembantu Menteri Kerja Raya itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN