30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BEKAS KETUA MENTERI SABAH KE-2, TAN SRI PETER LO, MENINGGAL DUNIA

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN.

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Peter Lo Su Yin meninggal dunia di Hospital KPJ, di sini malam tadi pada usia 96 tahun.

Peter Lo merupakan ketua menteri kedua
dan etnik Cina pertama dilantik ke jawatan itu pada tahun 1965 menggantikan Donald Stephen (Tun Fuad Stephen).

-Mediang Tan Sri Petee Lo Su Yin-

Perlantikan beliau berikutan berlakunya kemelut antara Tun Fuad Stephens dengan Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ketika itu menjawat jawatan Yang Dipertua Negeri.


Bagaimanapun beliau meletakkan jawatan pada 12 Mei 1967 apabila pilihan raya negeri diadakan. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri selama kira-kira dua tahun sebelum digantikan Tun Datu Mustapha Datu Harun.


Dilahirkan di Sandakan pada 19 Mei 1923, beliau merupakan peguam yang pertama di Sabah, dan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan Malaysia pada 1963.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah mendiang di Wisma Fook Lu Siew.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN