Mendiang Alexander Kandau.
KENINGAU:Bekas Ketua Anak Negeri (KAN)Mukim Apin-Apin Rupert @ Alexander Kandau meninggal dunia dalam umur 74 tahun pada 24 Julai lepas.
Mendiang yang menetap di Kampung Nuntunan Apin Apin juga merupakan bekas seorang bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Sarjan.
Menurut Ahli Dewan Unsangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin, pemergian mendiang adalah satu kehilangan besar bagi Suku Kaum Anak Negeri Sabah khasnya di Daerah Keningau.
“Sepanjang hayat mendiang, beliau menjadi rujukan para pemegang adat yang baharu” katanya.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya sependapat dengan bekas Ketua Daerah Keningau Amir Datuk Arif bahawa mendiang KAN Alexander adalah seorang Pengamal Adat Istiadat yang berpengalaman luas.

Robert (dua dari kiri)semasa menziarahi keluarga mendiang.
Jelasnya, kefahaman dan pengetahuan serta pengamatan mendiang di segi adat istiadat sukar ditandangi dan dicari ganti membuatkan mendiang begitu disegani dan dihormati oleh semua masyarakat khususnya di kawasan Bingkor.
Robert berkata demikian selepas menziarahi dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang
mendiang KAN Alexander di rumah kediaman keluarga mendiang di Kampung Nuntunan Apin-Apin kelmarin.
Robert berkata, selain seorang pengamal adat yang disegani mendiang turut mencurah bakti pada Negara dengan berjuang menentang Komunis di Malaya.
Tambahnya, pemergiaan mendiang adalah satu kehilangan yang besar terhadap pengamal adat di DUN Bingkor dan daerah Keningau.
“Kita doakan semoga rohnya dalam damai dan bersama golongan yang beriman.
Turut menziarahi mendoang Staf Pejabat Ahli Parlimen Keningau dan Staf Pejabat ADUN Bingkor.



