30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bekas finalis Carta Lagu Artis RTM, Jess Joel ceburi bidang perniagaan

Jess Joel dengan minyak wangi decantnya

RANAU: Penyanyi tempatan, Jess Joel, 29 yang merupakan bekas finalis Carta Lagu Artis RTM 2019 Sabah kini mencabangkan kerjayanya ke arah perniagaan yang menurutnya boleh memberi banyak manfaat kepada pengguna.

“Bermula dari bidang nyanyian sekarang saya menceburi perniagaan menjual minyak wangi secara decant. Bagi seorang penyanyi menceburi bidang perniagaan adalah sesuatu yang tidak asing lagi, bukan sahaja penyanyi tempatan dari Sabah atau Malaysia, malah penyanyi antarabangsa juga.

“Jika orang bertanya bagaimana saya memulakan perniagaan ‘decants perfume’, saya akan mengatakan bahawa saya mendapat inspirasi selepas melihat penyanyi antarabangsa seperti Billie Eilish, Ariana Grande dan lain-lain mempunyai jenama minyak wangi mereka sendiri. Jadi kenapa saya tidak mengikut jejak mereka?

“Walaupun mereka mungkin terkenal di seluruh dunia, itu tidak bermakna kita tidak boleh melakukan apa yang mereka lakukan secara kecil-kecilan,” kata anak kelahiran Tuaran itu.

Jess juga berkata, berdasarkan kajian pakar, minyak wangi mempunyai banyak kelebihan, selain sekadar hobi seseorang untuk memakainya, penggunaan minyak wangi ini mampu memberi banyak manfaat kepada pengguna.

Minat Jess untuk menyanyi masih berterusan

“Pakar Psikologi Eksperimen & Kesihatan Awam dari Monell Chemical Senses Center, Dr Pamela Dalton berkata, antara kebaikan memakai minyak wangi ialah ia dapat meningkatkan mood positif seseorang, dapat membantu merangsang keyakinan diri, dapat menyembuhkan insomnia dan banyak lagi.

“Disebabkan penggunaan minyak wangi boleh memberi manfaat yang sangat besar kepada pengguna, sebab itu saya memilih untuk menjual minyak wangi untuk lelaki dan wanita,” katanya.

Ditanya mengenai operandi perniagaannya, Jess Joel berkata, ketika ini dia hanya menggunakan platform media sosial seperti Facebook Page, Instagram dan Tiktok untuk menjadi kedai dalam taliannya untuk menjual produknya.

“Saya jamin produk yang saya jual semuanya original seperti yang ada di pasaran, namun perbezaan harga jauh lebih murah berbanding harga di pasaran. Saya menjual minyak wangi pada harga yang rendah dan mampu milik.

“Itu nilai utama perniagaan saya, kadang-kadang ada orang yang sangat meminati satu jenis minyak wangi tetapi harga di pasaran mencecah ribuan ringgit.

“Jadi saya cuba menjadi peniaga yang menyelesaikan masalah itu. Bukan semua orang mampu membeli minyak wangi yang mahal, jadi tugas saya adalah memastikan mereka mencapai impian itu pada harga yang jauh lebih murah tetapi mendapat kualiti yang sama,” katanya.

Jess berharap dapat mempelbagaikan bakatnya untuk manfaat peminatnya

Bagi mereka yang berminat dengan koleksi minyak wangi Jess menjemput mereka untuk melawat Facebooknya dengan perkataan Search “Galaxy X Fragrance Store Co” dan @galaxyxfragrancestore di Instagram.

Sementara itu, bercakap mengenai pembabitannya dalam bidang nyanyian, dia memberi jaminan kepada peminatnya bahawa dia masih aktif.

“Malah, baru-baru ini saya melakukan busking maya di halaman Facebook saya “Jess Joel Official”, pada masa yang sama saya juga akan mengeluarkan Album Mini pertama saya.

“Kini saya dalam proses pembikinan album dan kini saya bekerjasama dengan Hezron Diman, penerbit album, J.Pablo komposer dan saya juga telah mencipta beberapa lagu untuk Mini Album.

“Saya harap saya dapat memikat hati pendengar muzik di Sabah dengan kemunculan Mini Album saya yang akan datang, kerana mungkin itulah hasrat saya sejak melangkah ke bidang nyanyian, untuk memiliki mini album sendiri sebelum merancang untuk bersara daripada membuat persembahan suatu hari nanti,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN