27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Beberapa pendekatan penguatkuasaan bagi mencegah penyelewengan diesel bersubsidi,elak kenaikan harga barang- James

KOTA KINABALU: Beberapa pendekatan penguatkuasaan bagi mencegah penyelewengan diesel bersubsidi dan mengelak kenaikan harga barangan keperluan yang tidak munasabah dijalankan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR).

Menterinya, Datuk James Ratib berkata, Kementerian ini melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah konsisten melaksanakan pendekatan penguatkuasaan bagi tujuan itu.

“Antara pendekatan yang diambil adalah seperti Ops Tiris 3.0, iaitu pengawasan ketat terhadap stesen minyak dan pengedar oleh Pegawai penguatkuasa KPDN yang akan menjalankan pemeriksaan berkala dan ad-hoc.

“Selain itu, kita juga adakan Ops Kesan 2024, iaitu pemeriksaan secara pro-aktif ke atas rantaian pengedaran barangan merangkumi peringkat pengeluar, peladang, penternak, pemasaran am, pengedar, pemborong dan peruncit di seluruh negeri dan daerah,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa pihaknya turut mengadakan Ops Catut 2024, iaitu pemeriksaan bagi memastikan peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Tambahnya, pemeriksaan berkenaan merangkumi arahan semasa pemeriksaan back to school, bahan bakeri dan makanan sedia bungkus.

James yang juga Adun Sugut berkata demikian semasa menjawab persoalaan daripada Adun Liawan, Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub semasa Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang keenam belas 9, 10 dan 11 Julai 2024 yang berlangsung pada hari Rabu.

Flovia Ng..Pembantu Menteri KPMKR

Semasa persidangan itu, Anwar bertanya kepada Menteri KPMKR, apakah tindakan atau mekanisma yang akan diambil oleh kerajaan dalam memastikan tiada kenaikan harga barang di negeri ini ekoran penarikan subsidi bahan api diesel di Semenanjung terutama melibatkan kos logistik dan adakah mekanisma berkenaan subsidi bersasar untuk Sabah dan bilakah ianya akan bermula.

Tambah James KPDN juga bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan harga bekalan barangan keperluan terkawal dan mencukupi seperti Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Beliau turut menjelaskan bahawa tidak berlaku penarikan subsidi bahan api diesel di Semenanjung Malaysia, sebaliknya subsidi diesel yang sebelum ini dinikmati secara pukal telah disasarkan semula kepada golongan yang layak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN