26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bayar segera projek selian JKR yang siap – Ir Mohammad Zulkifli

TAKLIMAT…. Mohamad Zulkifli ( tengah) ketika mendengar taklimat mengenai projek Jalan Pesisir Pantai, dekat Membedai pada Jumaat.

LABUAN: Pembinaan projek kerajaan di bawah selian Jabatan Kerja Raya (JKR)  yang telah pun diperakui siap perlulah   segera di buat pembayaran  kepada pemaju dan kontraktor yang terlibat.

Ketua Pengarah JKR Datuk Ir. Mohamad Zulkifli  Sulaiman berkata langkah itu bertujuan untuk membantu  pihak pemaju dan kontraktor yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  selain membantu merancakkan semula  pertumbuhan ekonomi nagara.

“ Sebaik projek sudah diperakui siap bayaran perlu dipercepatkan bagi membantu kontraktor dan pemaju terus kekal dalam perniagaan selain menangani isu  kelewatan projek

“Selain itu, dalam jangka masa panjang ia akan membantu menjana semula pertumbuhan ekonomi negara” katanya

JALAN Pesisir Pantai yang 98.7 peratus siap

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM ketika melawat projek pembinaan jalan pesisir pantai  yang menghubungkan kawasan Membedai ke Tanjung Aru, pada Jumaat lalu.

Jelasnya lagi, usaha menyegerakan bayaran kepada pemaju dan kontraktor juga dapat mendorong syarikat lain mempercepatkan pembinaan mengikut jadual yang ditetapkan supaya mendapat bayaran lebih awal.

Projek jalan raya pesisir pantai yang menghubungkan Membedai dan Tanjung Aru  sepanjang 1.5 km dengan kos pembinaan  bernilai RM132 juta itu  kini telah mencapai 98.7  peratus siap.

Jalan tersebut mula dibina pada Disember 2017  dibawah RMK ke 11 akan menjadi laluan alternatif menghubungkan kawasan  utara pulau Labuan   ke pusat bandar.

Selain itu jalan berkenaan akan memberikan kemudahan dan manfaat sekurang kurangnya 35 peratus daripada pengguna jalan raya khususnya dari kampung Lubuk Temiang, Tanjung Aru, Ganggarak, Kerupang dan Negalang.

Hadir sama Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Labuan Ir  Suhaizat Sulaiman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN