KELUHAN…. Bashir mendengar keluhan peniaga pasar daging sambil diperhatikan Dr. Fary.
LABUAN: Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias bersama pihak pengurusan Perbadanan Labuan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Fary Akmal Osman turun padang untuk meninjau dan mendengar keluhan permasalahan peniaga di pasar sentral susulan pandemik COVID 19.
Turut sama Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Haji Hamir Zahari dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail.
Antara pasar yang sempat dilawati termasuklah peniaga di pasar ikan, pasar daging dan juga peniaga di pasar sayur dan buah-buahan yang rata rata menyambut baik kehadiran Bashir bersama rombongan sekaligus membolehkan mereka menyuarakan keluhan dan kegelisahan yang hadapi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
SERAH…. Bashir menyerahkan pelitup separuh muka kepada salah seorang peniaga di pasar buah-buahan.
Bashir yang juga Ahli Dewan Negara ketika ditemui media berkata beliau amat memahami dengan masalah yang disuarakan oleh peniaga yang sebahagian besar menyuarakan supaya kaedah pelaksanaan Prosedur Operasi Standart (SOP) di pasar berkenaan di beri kelongaran.
“ Kita telahpun mendengar keluhan peniaga yang sebahagian besarnya merayu supaya kaedah SOP yang agak ketat dapat diberi kelongaran bagi memudahkan pengunjung terutamanya pengguna membeli barangan keperluan mereka.
“Kita akan bawa masalah ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (PKOB) bagi menimbangkan kelongaran pelaksanaan SOP bersesuaian dengan keadaan pasar” katanya.
Beliau berkata, pihaknya bersama Perbadanan Labuan aklan sentiasa bekerjasama bagi memastikan peniaga di pasar sentral terbela.
Sementara itu, Dr Fary berkata Perbadanan Labuan juga akan mengambil tindakan segera mengenai aduan peniaga berkaitan kerosakan pasar termasuk menyelesaikan masalah longkang yang tersumbat dan sebagainya.
“ Bagi ihak Perbadanan Labuan akan berusaha menambah baik pengurusan pasar supaya peniaga dan pengunjung lebih selesa. Kita akan melakukan beberapa penambahbaikan secara berkala bagi bagi memastikan keadaan pasar sentiasa bersih” katanya.
Dalam waktu yang sama beliau berharap para peniaga juga dapat bersama sama membantu Perbadanan Labuan dalam menjaga kebersihan pasar selain mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP).
Katanya sebelum ini, pasar sentral telah ditutup selama tiga hari untuk kerja-kerja sanitasi selepas didapati pengunjung atau peniaga yang disahkan positif COVID 19.
Sempena lawatan itu, Bashir turut menyerahkan pelitup separuh muka kepada peniaga.