29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir tinjau pemantauan SOP ibadah korban Kampung Sungai Bedaun

PANTAU….. Bashir (kanan) bersama anggota polis dan RELA ketika meninjau jarak jauh  penyembelihan ibadah korban di kawasan lapang Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun.

Labuan: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias  melakukan tinjuan  pelaksanaan Ibadah Korban  Aidil Adha di kawasan lapang  Dewan Komuniti Kampung Sungai Beduan   dengan mematuhi SOP yang ditetapkan  bagi membendung penularan COVID 19, pada Selasa.

Sebanyak  tiga ekor lembu telah ditumbangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Bedaun dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun  yang diketuai imam masjid tersebut  Ustaz Minggu Matnoh.

Pada tahun ini Kampung Sungai Bedaun menumbangkan  lapan ekor lembu, lima lagi akan disembelih pada hari kedua Hari Raya Aidil Adha (Rabu).

Pelaksanaan ibadah korban Kampung Sungai Bedaun yang bermula jam 9 pagi telah  dipantau  ketat oleh  Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan  dan juga penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan.

Sementara itu, Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berpuas hati  kerana  proses penyembelihan sehinggalah melapah daging  dan agihan ibadah korban yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa JPKK dan jawatankuasa masjid Kampung Sungai Bedaun mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan  oleh pihak  JAWI.

SEMBELIH…….Ustzaz Minggu ketika melakukan  penyembelihan  haiwan korban lembu   sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha Kampung Sungai Bedaun dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Beliau juga berterima kasih kepada anggota Polis, Perbadanan Labuan  dan RELA  serta penguatkuasa JAWI kerana berjaya melakukan pemantauan bermula dari sesi penyembelihan sehinggalah proses agihan.

Pada majlis itu Bashir turut melancarkan Program Kampung Sungai Bedaun  Hijau COVID 19 #jagakeluarga, prihatinkomuniti.#patuhiSOP.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Sopian Musa, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon Tiga, Omar Masir  dan Ketua Kampung Sungai Bedaun Rosmani Puteh.

Sebelum ini  JAWI Labuan telah meluluskan pelaksanaan ibadah korban Aidil Adha di lapan kawasan lapang masing-masing yang dikendalikan oleh tiga agensi kerajaan  dan  lima Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Tiga  agensi kerajaan yang diluluskan ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM).

Manakala empat badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan UMS KAL, Aman Palestin Berhad dan Persatuan badan Kebajikan Pejabat Mufti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN