30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir sambut kepulangan wira   atlet karate Labuan

BASHIR  (tiga dari kiri) bersama Haji Rithuan ( dua kanan), Ismifarizal (tiga dari kanan) ketika menyambut wira karate Labuan Muhammad Aiqal (tengah) dan Mohd Farhan (kanan sekali) di lapangan terbang Labuan, pada Ahad.

LABUAN: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias menyambut kepulangan  atlet karate Labuan, Muhammad Aiqal Asmadie yang menenangi pingat gangsa kategori Kata Lelaki di temasya  Sukan Sea Vietnam ke 31 (2021), pada Ahad.

Turut sama menyambut wira  Labuan  di Sukan Sea itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail dan Presiden Karate Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Ismirizal Mohd Isyak.

Turut berada di lapangan terbang Labuan menyambut kepulangan Muhammad Aiqal ialah pegawai dan  ahli-ahli Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Labuan serta ahli keluarga Muhammad Aiqal Asmadie.

Muhammad Aiqal yang pulang bersama Jurulatihnya yang juga Jurulatih Karate Kebangsaan  Mohd Farhan tidak dapat menyembunyikan perasaan kegembiraan apabila tidak menduga akan disambut kepulangannya ke tanah air oleh  pemimpin tempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaannya mengharumkan nama  Labuan dan Negara  dipersada antarabangsa.

MUHAMMAD Aiqal mnunjukkan pingat gangsa yang dimenanginya kepada Bashir dan Haji Rithuan

Muhammad Aiqal, 18, yang menjadi atlet karate  negara diberikan perlepasan untuk bercuti raya di kampung halamannya di Labuan sebelum memulakan latihan  di kem latihan Karate di ibu Negara pada minggu depan.

Sebelum ini, Muhammad Aiqal juga pernah memenangi pingat emas di beberapa kejohanan karate antarabangsa bagi kategori individu kata yang berlangsung di Jepun, Brunei dan Thailand.

Sementara itu, Bashir  menzahir rasa beliau bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Muhammad Aiqal yang  telah mengharumkan nama Labuan khususnya Persatuan Karate Labuan di persada antarabangsa.

“Kita berharap kejayaan yang dicapai oleh Muhammad Aiqal akan dapat menyuntik semangat atlet atlet Labuan untuk terus berusaha  gigih dalam mengejar kejayaan…. dan itulah yang menjadi harapan pemimpin pemimpin di Labuan agar lebih ramai atlet Labuan yang  berjaya untuk bersaing mewakili negara pada masa masa akan datang” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN