DATUK Bashir dan isteri ….saya telah divaksin Dos Penggalak.
LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli menerima suntikan dos penggalak bersama sama sekumpulan pengamal media tempatan.
Kedua dua pemimpin tempatan itu menerima suntikan penggalak di pusat vaksinasi Klinik Kesihatan Membedai Labuan, pada petang Jumaat.
Turut menerima vaksin dos penggalak ialah isteri Datuk Bashir, Datin Nursharwarni Abedat.
Manakala Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin, Ketua Biro Bernama Labuan, Jailani Hassan dan Ketua Berita Ehwal Semasa (BES) RTM Labuan, Mohd Izuandi Jaludin adalah antara 15 pengamal media yang turut menerima suntikan dos penggalak.

SUNTIK…. Rozman menerima suntikan dos penggalak COVID 19.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari berkata, lebih 20,000 individu di pulau ini dijangka akan menerima suntikan dos penggalak Pfizer selewat lewatnya awal tahun depan.
Beliau berkata pemberian vaksin dos penggalak itu diberikan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK) dengan objektif memastikan tempoh perlindungan optimum kepada penerima vaksin COVID 19 di Malaysia.
Dalam pada itu beliau juga turut menggalakkan agar warga Labuan untuk medapatkan dos penggalak berkenaan bagi memastikan sistem kekuatan imunisasi badan pada tahap tertinggi.
“Faktor masa memberi kesan kepada efisiensi dan kekuatan pertahanan badan dan dos tersebut merupakan kepada pemangkin sistem imunisasi” katanya.