26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir puas hati PDM berfungsi dengan baik

BASHIR melihat senarai jentera PDM Ramsey yang akan bertugas sepanjang kempen  PRU ke 15.

LABUAN: Calon Barisan Nasional (BN) P166 Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Bashir Alias menzahirkan rasa puas hati  selepas melawat  hampir keseluruhan markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) termasuk Sub PDM  yang  berfungsi dengan baik.

Selain itu, beliau juga dapat menyaksikan  jentera pilihanraya  BN yang diletakkan di setiap markas mempunyai semangat yang  tinggi  untuk memastikan kemenangan BN pada PRU kali ini.

“Saya telah melawat hampir keseluruhan markas Pusat Daerah Mengundi  (PDM) BN  yang  persediaannya cukup  rapi dan berfungsi dengan baik, malah  saya juga  melihat semangat    jentera pilihanraya  BN yang diletakkan di setiap PDM begitu tinggi dan berkobar kobar.

“Saya cukup optimis dan yakin  BN akan menang di kerusi P166 Labuan” katanya ketika ditemui media selepas melawat markas PDM Ramsey di pusat bandar, malam tadi.

Bashir yang juga Pengerusi BN Bahagian Labuan berkata sebanyak 31 PDM termasuk sub PDM telahpun diberikan taklimat  mengenai peranan yang perlu dimainkan sepanjang kempen PRU 15.

“Berdasarkan kepada ‘track recods’ BN  sejak PRU 1985 sudah pasti kita mempunyai pengalaman yang luas  dalam mengurus PDM dan hanya sedikit penambahbaikan akan dilakukan bagi memenuhi kesesuaian dan  keperluan masa kini” katanya.

Hadir sama, Pengarah Jentera Pilihanraya BN P166 Labuan, Datuk Khalid Abdul Ghani, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Musa Basman. Ketua Puteri UMNO Bahagian Jura’adhiyah Dr Harun dan Ketua Cawangan Ramsey, Jaffar Mohamad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN