28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir ketuai delegasi UMNO Labuan ke PAU 2021

Gambar: BASHIR lima dari kiri) bersama sebahagian perwakilan UMNO Labuan yang menyertai PAU 2021 di PWTC.

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Labuan  senator Datuk Bashir Alias mengetuai delegasi UMNO Labuan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang sedang berlangsung  di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang secara rasminya bermula hari ini.

Turut sama rombongan seramai 25 orang itu ialah Timbalan Ketua UMNO  Bahagian Datuk Khalid  Ab. Ghani, Naib UMNO Bahagian, Sahari Tarji dan Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Abd.Manan. serta 22 perwakilan yang membabitkan tujuh Ketua Cawangan dan masing masing lima perwakilan  Wanita, Pemuda dan Puteri.

Pada perhimpunan itu Sayap Wanita UMNO Bahagian  di ketuai oleh Ketuanya, Niswati Tarji, manakala Pemuda di ketuai oleh Ketua Pemudanya Musa Basman dan Puteri di ketuai oleh Ketuanya Jura Adhiyah Harun.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang disertai 5,571 perwakilan membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri  telah dirasmikan  oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikuti  dengan sesi perbahasan.

Sementara itu, Bashir ketika ditemui berkata perhimpunan kali ini adalah amat penting bagi menentukan hala tuju parti dalam menghadapi cabaran ketidakstabilan politik serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN