26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir kekal pendirian tawar diri sebagai Calon BN PRU 15

Gambar: SOKONGAN…..Bashir bersama AJK UMNO Bahagian Labuan  di terminal balai ketibaan Lapangan Terbang Labuan setibanya dari ibu negara, pada Jumaat lalu.

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan yang baru dilantik Datuk Bashir Alias mengekalkan pendirian  untuk  menawarkan diri bertanding  sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke 15 ( PRU-15).

Bagaimanapun  beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan  menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi  parti untuk menentukan  calon  yang akan  dipilih bagi kerusi P 166 Labuan.

“Saya sudahpun siap sedia untuk  menawarkan diri sebagai calon BN pada PRU ke 15… terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan samaada memilih saya  atau sebaliknya” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dibalai ketibaan Lapangan Terbang Labuan sejurus tiba dari ibu negara, pada Jumaat.

Terdahulu sebelum itu, pada Khamis  beliau telah menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu  daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim di Putrajaya.

Untuk rekod pada  Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan yang diadakan pada Disember tahun lalu,  perwakilan yang hadir menyokong  sebulat suara serta meluluskan usul  Datuk Bashir  untuk diangkat sebagai calon BN pada PRU ke 15. 

Bashir yang juga  Ahli Dewan Negara  turut menjelaskan, UMNO Bahagian Labuan  kini sedang berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan UMNO selepas kalah pada PRU ke 14 dan yakin dengan kerjasama semua ahli-ahli UMNO di peringkat Bahagian dan juga akar umbi, UMNO Labuan khususnya akan dapat mencapai matlamat  dalam memastikan UMNO dan BN kembali mentadbir nagara.

“Insyallah dalam masa terdekat UMNO Bahagian Labuan akan melancarkan  jentera pilihan raya memandangkan PRU ke 15 dijangka akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang” katanya.

Hadir sama  Setiausaha UMNO Bahagian Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Sahari Amdan, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Musa Basman dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Jura’adhiyah Dr. Harun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN